Satu poster iklan acah telah dimuat naik syarikat berkenaan pada akaun rasmi mereka di Weibo, dimana pelancaran telefon pintar baru bakal dibuat pada 13 Disember ini.
Ada yang beranggapan model yang akan diumumkan itu nanti adalah Honor Note 9 ataupun Honor 9 Lite.
Poster tersebut menampilkan penyanyi dan pelakon China, Hu Ge dan apabila diamati cara pemakaian cermin mata oleh beliau, kita boleh mengagak ia berkaitan dengan lensa kamera.
Pada latarbelakang pula tertera nombor 4 dan ia menguatkan lagi bahawa peranti ini bakal dilengkapi dengan dwi kamera utama dan dwi kamera selfie.
Ketika ini, Honor dan syarikat induk, Huawei, sudah mempunyai model-model yang mempunyai 4 kamera iaitu, Honor 9i bagi pasaran India, Huawei Maimang 6 di China, Huawei Nova 2i di pasaran tempatan, dan Huawei Mate 10 Lite untuk pasaran yang lain.
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- HONOR Band 7 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM199
- Anda Berpeluang Menang HONOR MagicWatch 2 Secara Percuma Di Hihonor
- HONOR 9X Kini Rasmi Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM999
- Honor 10 Lite Ditawarkan Pada Harga RM699 Untuk Tempoh Masa Terhad
- Honor Malaysia Beri Bayangan Peranti Dengan 4 Kamera Akan Tiba Tidak Lama Lagi
- Honor 10 GT Kini Sudah Rasmi
- TV Daripada HONOR Bakal Dilengkapi Dengan Kamera Terangkat
- Honor View 10 Telefon Berteknologi AI, Kini Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia
- HONOR Umum Tablet Baharu, HONOR ViewPad 6
- HONOR Lancar TV Pintar, Router, Vakum Dan Beberapa Perkakasan Rumah Pintar