Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar Flagship Sony Mungkin Hadir Tanpa Bicu Audio

Telefon Pintar Flagship Sony Mungkin Hadir Tanpa Bicu Audio

Diterbitkan Januari 24, 2018 ยท Dikemas kini Januari 25, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sony dikhabarkan bakal mengikut jejak langkah Samsung dan Apple dengan membuang bicu audio 3.5mm untuk keluaran flagship seterusnya.

Mungkin ada dalam kalangan peminat Sony tidak menggemari perkara ini tetapi minggu lepas telah muncul satu imej memperlihatkan model telefon pintar Sony tanpa sambungan audio itu.

Imej itu diperolehi dari pemfailan Sony yang diberikan kepada Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) tetapi tiada maklumat lengkap mengenainya.

Telefon Pintar Flagship Sony Mungkin Hadir Tanpa Bicu Audio

Berdasarkan imej diatas, ia menunjukkan fon telinga bersambung pada port yang sama digunakan untuk fungsi pengecasan dan ini memberi bayangan bahawa model tersebut tidak mempunyai bicu audio seperti keluaran Sony yang lain.

Tambahan lain, FCC turut menyatakan peranti itu membawakan skrin berukuran 5.5 inci dan untuk maklumat yang lanjut, sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY