Samsung Galaxy A8 dan Samsung Galaxy A8+ dikatakan akan dilancar pada tahun hadapan sebagai pengganti kepada Galaxy A5 dan Galaxy A7 (2018).

Berdasarkan imej panduan yang tersebar, didapati model baru ini akan dilengkapi dengan paparan infiniti bernisbah 18:9. Disamping itu, ia turut dikatakan akan menggunapakai cip pemprosesan Exynos 7885.

Selang beberapa ketika selepas imej diatas tersebar, timbul pula video yang diyakini sebagai model Samsung Galaxy A8+. Video itu memaparkan peranti dengan skrin paparan 6 inci dari jenis S-AMOLED.
Spesifikasi dalaman pula, ia dilihat menggunakan cip Exynos 7885, digandingkan dengan RAM 6GB dan ruang simpanan sebesar 64GB.

Terdapat slot memori tambahan kad MikroSD, port USB-C dan akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3500mAh.
Tetapan dwi kamera selfie dihapadan dijangka hasil gabungan dari lensa 16MP dan 8MP. Dibahagian belakang hanya kelihatan satu kamera yang mungkin mengenakan lensa 16MP dengan sensor f/1.7.
Turut disertakan pengimbas cap jari dibawah lensa kamera belakang dan butang pengaktifan bixby.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=14&v=n-JITwMpJto
Berkaitan
- Samsung Galaxy J8 Dan J6 Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM749
- Pelayar Internet Samsung Versi Beta Kini Boleh Dimuat Turun Dari Google PlayStore
- Samsung Mungkin Terima Kemaskini Android Oreo Pada Awal 2018
- Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro
- Jangan Cas Jam Pintar Samsung Gear S3 Selain Dari Pengecas Asal
- Samsung Galaxy A50 Dapat Ciri Mod Malam Dan Gerak Perlahan
- Samsung Pay Berada Di Fasa Terakhir Untuk Dilaksanakan Di Malaysia
- Beli Samsung Galaxy A6/A6+ Dan Nikmati Promosi Menarik
- Samsung Galaxy A90 Mungkin Dilengkapi Kamera Pop-Up
- Bukan Apple Je, Samsung Pun Ada Kain Lap