Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi MyJPJ

Telefon “Mati” Tak Dapat Tunjuk Lesen Dan ‘Road Tax Digital’, Ini Jawapan JPJ

Diterbitkan Januari 16, 2024 ยท Dikemas kini Januari 16, 2024 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang berusaha ke arah pendigitalan penuh perkhidmatan mereka.

Malah proses memperbaharui cukai jalan & lesen memandu juga akan boleh dibuat secara dalam talian terus dari aplikasi MyJPJ bermula dari 1 Februari 2024.

Selain itu, pemilik kenderaan juga kini sudah boleh berkongsi lesen kenderaan motor digital (e-LKM) melalui aplikasi MyJPJ, kepada ahli keluarga, rakan atau individu lain yang dibenarkan oleh pemilik kenderaan.

Tetapi, timbul pula pertanyaan orang ramai tentang bagaimana pula jika telefon pintar mereka kehabisan bateri, sekali gus tidak dapat menunjukkan e-LKM mereka apabila dipinta oleh penguatkuasa?

Dalam sesi temu bual Nasional fm bersama Pengarah Bahagian Pelesenan Kenderaan, YBrs. Tuan Abdul Rahman Emang Anyie pada 11 Januari 2024 lalu di segmen ALFA ada memberikan jawapannya.

Screen Shot 2024-01-16 at 3.10.15 PM

Beliau berkata (di minit 11.21), “Apabila kita nak memeriksa maklumat pegawai, pemandu atau sesiapa yang membawa memandu kenderaan itu, sebenarnya ada beberapa kaedah. Salah satunya, nombor kad pengenalan kita. Dalam sistem JPJ itu sebenarnya … kita boleh semak sebenarnya. Sebut nombor kad pengenalan, semua maklumat tu yang berkenaan dengan JPJ ada dalam sistem kita.”

“Sepatutnya semasa dalam sekatan jalan pun, telefon dah takde bateri, beritahu, tunjuk IC pun boleh”.

Jadi, jangan risau kerana pegawai JPJ boleh membuat semakan status lesen dan cukai jalan kenderaan anda hanya dengan menyemak nombor kad pengenalan anda sahaja.

Berkaitan

  • Semua Urusan Di Aplikasi MyJPJ Dijangka Boleh Guna Sepenuhnya Pada 2025
  • Ini Cara Kongsi Dan Terima 'Road Tax' Digital Di Aplikasi MyJPJ
  • Program 'AI Untuk Rakyat' Diperkenal, Ini Yang Perlu Diketahui

Sumber: NASIONAL fm

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
  • Kerajaan Tidak Tolak Kemungkinan Haramkan Waze Di Malaysia - PM Anwar
  • Filem AI Pertama China Berharga ~RM6.1 Juta Mula Ditayangkan Di Pawagam
  • Bose Rasmi Ambil Alih Skullcandy, Jenama Kekal Beroperasi Berasingan
  • Cara Mohon Gantian MyKad Melalui Aplikasi MyGOV
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB
  • Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
  • Cara Tebus Keahlian Shopee Untuk Pelajar
©2026 WISER.MY