Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric

Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric

Diterbitkan Oktober 23, 2026 oleh ariff bukhari

Porsche akhirnya merealisasikan teknologi yang selama ini dianggap sebagai masa depan kenderaan elektrik (EV) apabila memperkenalkan sistem pengecasan tanpa wayar secara rasmi untuk model EV utiliti sukan (SUV) Cayenne.

Teknologi ini membolehkan pemilik model EV tersebut mengecas bateri kenderaan mereka hanya dengan meletakkan EV di atas pad pengecasan khas tanpa perlu menyambungkan kabel secara manual.

Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
Imej menunjukkan Proses Pengecasan pada model EV Porsche Cayenne.

Sistem ini menggunakan pengecas induktif yang terdiri daripada pad di bawah kenderaan dan satu lagi pad yang dipasang di permukaan parkir.

Apabila kedua-duanya berada dalam kedudukan yang betul, tenaga elektrik akan dipindahkan secara tanpa wayar untuk mengecas bateri EV.

Porsche menyatakan sistem ini mampu menawarkan kuasa pengecasan sehingga 11 kW dengan kecekapan sekitar 90%, menjadikannya sesuai untuk penggunaan harian dan pengecasan semalaman di rumah.

Porsche Lancar Pengecas EV Tanpa Wayar Untuk Model Cayenne Electric
Model Porsche Cayenne Electric di Malaysia tersedia dalam 3 varian dengan harga bermula RM699,000.

Dari aspek keselamatan, sistem ini dilengkapi teknologi pengesanan objek asing, sensor pergerakan serta mekanisme pemberhentian automatik sekiranya terdapat manusia, haiwan atau objek logam berhampiran kawasan pengecasan.

Pelancaran ini menjadikan Porsche antara pengeluar automotif terawal yang membawa teknologi pengecasan tanpa wayar ke peringkat pengeluaran sebenar untuk pengguna EV.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Sunway Teroka Pengangkutan Autonomi Dan Penerbangan Elektrik Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY