Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI untuk Rakyat_featured image

Program ‘AI Untuk Rakyat’ Diperkenal, Ini Yang Perlu Diketahui

Diterbitkan Januari 16, 2024 · Dikemas kini Januari 16, 2024 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini telah melancarkan ‘AI untuk Rakyat’, iaitu program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap Kecerdasan Buatan (AI).

Berkaitan

  • Ini Sebabnya Pengguna Disaran Daftar PADU Sebelum April
  • Kerajaan Akan Perkenal Sistem MySubsidi Diesel Bermula 1 Februari 2024

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu ‘Kesedaran AI’ atau turut dikenali sebagi ‘AI Aware’ dan ‘Hargai AI’ atau ‘AI Appreciate’. Bagi mengetahui selanjutnya, teruskan bacaan di bawah.

Siapa yang boleh sertai program ini?

Program ini terbuka untuk sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang AI. Ia bertujuan untuk memberikan pemahaman asas tentang AI dan pemerkasaan pengetahuan yang cukup untuk berkomunikasi tentang AI.

Program AI untuk Rakyat tersedia dalam 4 bahasa, iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Keseluruhan kandungan adalah serasi dengan pelbagai aplikasi talkback untuk menjadikannya boleh diakses sepenuhnya oleh orang kurang upaya penglihatan.

Prasyarat program

  • Mana-mana peranti pintar seperti telefon pintar, komputer riba atau desktop.
  • Sambungan internet yang baik dengan kelajuan minimum 512Kbps.

Tempoh program

Program ini dibahagikan kepada dua bahagian: AI Aware, dan AI Appreciate. Kedua-dua bahagian boleh disiapkan dalam masa kira-kira empat jam. Pengguna boleh mengambil kuiz ini seberapa banyak yang mereka mahu.

AI Untuk Rakyat_3

Apa yang dapat kalau dah selesai program?

  • Dapat mengetahui lebih lanjut tentang AI dan menjadi cukup yakin untuk bercakap tentang teknologi ini yang dianggap sebagai kuasa yang boleh memacu masa depan.
  • Dianugerahkan dengan dua lencana digital – AI Aware dan AI Appreciate.

AI Untuk Rakyat_2

Boleh ke gelarkan diri sebagai pakar AI lepas sertai program?

Program ini direka untuk membolehkan rakyat mengambil langkah pertama ke arah pengetahuan tentang AI. Ia bukanlah untuk memahirkan/melatih atau menjadikan sesiapa sahaja sebagai pakar AI.

Untuk tujuan pendaftaran atau mengetahui lebih lanjut mengenai program AI untuk Rakyat, layari portal rasmi melalui pautan ai.gov.my.

Sumber: Portal AI untuk Rakyat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY