Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
telefon korea utara

Bukan Sekadar ‘Spyware’, Telefon Korea Utara Siap Tapis Bahasa & Rakam Skrin Setiap 5 Minit

Diterbitkan Jun 3, 2025 · Dikemas kini Jun 3, 2025 oleh Amsyar Latif

Telefon pintar di Korea Utara bukan sekadar alat komunikasi, ia jadi senjata kerajaan untuk mengawal, menapis, dan memantau rakyat secara senyap, menurut pendedahan eksklusif BBC.

Melalui sebuah peranti yang berjaya diseludup keluar dan dianalisis, BBC mendapati telefon itu diprogram dengan fungsi pelik dan sangat ketat.

Perkataan dari Korea Selatan seperti “oppa” akan ditukar automatik kepada “comrade”, dengan amaran muncul menyatakan ia hanya untuk adik-beradik sebenar.

Istilah “South Korea” akan digantikan dengan “puppet region” (wilayah boneka).

Paling mengejutkan, telefon ini juga akan rakam tangkapan skrin setiap 5 minit secara automatik, dan fail disimpan dalam folder tersembunyi yang dipercayai boleh diakses pihak berkuasa.

BBC menyifatkan tindakan ini sebagai bentuk “programming Orwellian” di mana ia merujuk kepada konsep negara pengawasan mutlak seperti dalam novel 1984 karya George Orwell.

Walaupun Korea Utara tidak benarkan akses internet awam, rakyatnya tetap mencari maklumat luar melalui USB dan kad microSD yang diseludup, mengandungi drama, filem, dan berita dari Korea Selatan. Kerajaan menganggap kandungan ini sebagai ancaman serius.

Sejak 2023, penggunaan loghat dan perkataan Korea Selatan telah diharamkan, dan telefon yang dirampas akan diperiksa untuk sebarang unsur “bahasa musuh.”

https://www.instagram.com/reel/DKWTyjvvHnj/

Berkaitan

  • Syarikat Pembangun Permainan Video Dari Korea Selatan Beri Bonus Dan PS5 Pro Pada Semua Pekerjanya
  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • AI Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia, Ini Peranan Korea Selatan

Sumber: Donga

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY