Baru-baru ini, Ketua Pengarah Eksekutifnya, DJ Koh, sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan mengenai peranti tersebut. Menurut beliau, telefon boleh lipat tersebut juga merupakan sebuah tablet yang boleh disimpan di dalam poket pengguna.
https://youtu.be/MKG7XRsG9KQ
Iklan konsep yang dikeluarkan Samsung pada 2014. (Kredit: IndVideos)
Ia sekaligus menggambarkan peranti ini akan mempunyai saiz paparan yang besar. Selain itu, terdapat juga ura-ura menyatakan ia akan hadir dengan saiz sebesar dua buah Galaxy Note 9.
DJ Koh turut memberi alasan mengapa peranti ini mengambil masa yang lama untuk dilancarkan. Menurut beliau, sesebuah peranti Samsung yang ingin dijual perlu memenuhi standard yang beliau tetapkan terlebih dahulu sebelum ia boleh dipasarkan.
Tambahnya lagi, beliau tidak mahu pengguna membeli produk Samsung yang tidak berkualiti. Koh juga sebelum ini memberitahu bahawa peranti boleh lipat ini mungkin akan diperkenalkan buat kali pertama di acara persidangan pembangun Samsung pada bulan hadapan.
Selain Samsung, beberapa pembangun lain seperti Huawei, Oppo dan Xiaomi turut menyatakan rancangan untuk melancarkan peranti boleh lipat di masa akan datang.
Adakah anda sebagai pengguna juga berminat untuk mendapatkan peranti sebegini? Atau lebih selesa dengan telefon pintar biasa yang ada pada hari ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.
Sumber : The Verge
Berkaitan
- Samsung S10+ Dilapor Akan Hadir Dengan Rekaan Dwi-Kamera Hadapan Pelik
- Apple Mungkin Akan Keluarkan Peranti iPhone Lebih Besar dan Murah
- Huawei Hukum Pekerja Selepas Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
- Bagaimana Untuk Sembunyi Apps Di iPhone
- Turing HubblePhone : Peranti Skrin Boleh Lipat Multi-Dimensi Bakal Hadir Pada 2020
- Vivo TWS, Satu Lagi Pilihan Wireless Earphone Dengan Sokongan aptX
- iPhone Dengan Teknologi 5G Mungkin Hanya Muncul Pada Tahun 2020 Nanti
- iPhone 8 Akan Tampil Dengan Storan Yang Lebih Besar Daripada Model Terdahulu
- Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Boleh Lipat Mereka Pada Acara "Unpacked" Nanti
- U Mobile Tawar Data Dan Panggilan Tanpa Had Bersama iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus.