Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Android Kelak Boleh Pindah Data Bila-Bila Masa

Telefon Android Kelak Boleh Pindah Data Bila-Bila Masa

Diterbitkan Mei 7, 2024 ยท Dikemas kini Mei 7, 2024 oleh Amalina Athman

Google dilapor sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna memindahkan data daripada peranti Android sedia ada ke mana-mana peranti Android lama atau baharu pada bila-bila masa – dipanggil sebagai “Restore Anytime”.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Android 15 Versi Beta Ditawar, Ini Cara Dapatkannya

Ketika ini, sekiranya telah menetapkan peranti Android, pengguna tidak boleh memulihkan data daripada peranti lama tanpa melakukan tetapan semula kilang (factory reset) dan perlu memulakan pemindahan data sekali lagi.

Dengan ciri ini, pemulihan data daripada peranti lama boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa memerlukan tetapan semula kilang.

restore anytime google_1

Namun begitu, ia mungkin mempunyai beberapa halangan. Antaranya termasuk hanya boleh menyalin data daripada peranti sama yang digunakan sebelum ini atau sebaliknya memadam semua data peranti untuk menyalin data daripada peranti lain.

Selain ciri berkenaan, Google juga sedang membangunkan proses tetapan dan pemindahan data lebih pantas, dipanggil sebagai “MultiTransportD2dTransport”.

string code google_1

Pada masa ini, terdapat tiga pilihan yang tersedia untuk memindahkan data daripada peranti Android lama ke peranti baharu – sama ada menyalin aplikasi dan data dengan menyambungkan dua peranti Android melalui kabel yang serasi, menggunakan sambungan Wi-Fi atau memulihkan data daripada sandaran Google One.

Dengan tetapan baharu kelak, pengguna Android mungkin boleh melakukan pemindahan/pemulihan data peranti ke peranti dengan menggunakan kabel dan Wi-Fi secara serentak. Seterusnya, ia menjadikan proses pemindahan data untuk peranti Android lebih pantas.

Sumber: Android Authority

Gambar utama: 9to5Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
©2026 WISER.MY