KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kepercayaan umum bahawa teknologi akan mengambil alih pekerjaan manusia pada masa depan adalah tanggapan yang salah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) Yusry Yusoff.
Beliau berkata teknologi, sejajar dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), akan meningkatkan tenaga kerja untuk memenuhi permintaan masa depan.
“Dengan teknologi, kita tidak perlu membuka cawangan bank lagi berikutan semuanya boleh dilakukan secara dalam talian. Bagaimanapun, orang ramai berpendapat bahawa dengan ini, akan kurang pekerjaan. Ini tidak betul.
“Mereka yang sebelum ini kerani kini boleh menjadi perancang kewangan jika mereka menambah baik diri mereka. Ya, pekerjaan yang mereka miliki sekarang mungkin tidak lagi wujud, tetapi pekerjaan baharu, sejajar dengan perubahan, akan diwujudkan,” katanya kepada Bernama di luar forum mengenai "Digital Economy and its Potential at Reskilling for Future Economy" di sini hari ini.
Menurut Forum Ekonomi Dunia 2016, sebanyak 65 peratus kanak-kanak di sekolah hari ini akan memperoleh pekerjaan yang belum wujud.
Beliau berkata proses perbankan tetap boleh dilakukan secara automatik tetapi perbankan pelaburan masih memerlukan sentuhan manusia.
“Tidak semua boleh dilakukan secara automatik. Terdapat bidang yang robot dan automasi tidak boleh menggantikan keupayaan manusia,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Yusry berkata Malaysia terus menjadi pemimpin dalam kewangan Islam dan boleh pergi lebih jauh dengan penggunaan teknologi berikutan ia dapat mencapai lebih ramai orang.
“Kewangan Islam, dijangka berkembang dengan pesat, dan pada masa sama dengan pembangunan ekonomi Islam.
“Ini akan meningkatkan peluang perusahaan kecil dan sederhana mendapat bantuan kewangan. Dengan teknologi kewangan, kita akan dapat memanfaatkan pasaran yang lebih besar, " kata Yusry.
-- BERNAMA
Berkaitan
- HTC U Play Dengan Paparan 5.2 Inci Bersama AI Sense Companion
- Beli Pakej 40Mbps, Tapi Hanya Dapat 10Mbps, Tips Bagaimana Menukar Speed Internet Ke Kelajuan Maksimum
- Axon 9 Pro Dengan Rekaan Takuk Mewarnai Kemunculan Semula ZTE Ke Pasaran
- Peranti Boleh Lipat Memfokuskan Permainan Video Pertama Mungkin Hadir Dari Jenama Sharp
- OPPO Reno 10X Zoom Kini Mempunyai Pilihan RAM 12GB
- AirAsia Bundle Deals Diperkenalkan - Pelbagai Tawaran Hebat Boleh Didapati Menerusi AirAsia.com
- Google Menambah Solitaire Dan Tic-Tac-Toe Di Ruangan Hasil Pencarian
- Bagaimana Cara Untuk Memainkan Video Youtube Secara Latar Belakang
- Xiaomi Pocophone F2 Tersenarai Di Laman Penanda Aras Geekbench
- OnePlus 5 Sah Mempunyai Dwi Kamera Utama dan Cip Pemprosesan 835