Aktiviti pembungkusan litar bersepadu (IC), pemasangan papan litar bercetak (PCB), dan pengeluaran penderia menuntut keupayaan pengesanan kecacatan yang lebih halus dengan kadar pengeluaran yang lebih tinggi dalam industri semikonduktor.
Malah, dengan komponen elektronik yang semakin mengecil dan tidak bertoleransi pada sebarang kecacatan kecil, peralihan daripada pemeriksaan tradisional menggunakan kanta mata kepada ketepatan digital bersepadu kini semakin penting di Malaysia.
Mengambil peluang ini, syarikat pengeluar mikroskop dari United Kingdom, Vision Engineering kini memperkenalkan sistem mikroskop digital 4K terbaharu mereka, EVO Cam AURA, bagi menyokong keperluan industri yang memerlukan ketepatan tinggi di Malaysia. iaitu semikonduktor, elektronik dan kejuruteraan.
EVO Cam AURA direka untuk meningkatkan keupayaan pemeriksaan komponen bersaiz kecil dengan paparan imej 4K yang lebih tajam dan terperinci.
Teknologi ini membantu pengendali mengesan kecacatan halus seperti retakan mikro, pencemaran dan ketidaksempurnaan pada komponen elektronik serta peranti perubatan.

Malah, tidak seperti mikroskop tradisional yang memerlukan penggunaan kanta mata, EVO Cam AURA memaparkan imej terus ke skrin.
Pendekatan ini sekali gus dapat mengurangkan keletihan mata, leher dan belakang serta meningkatkan keselesaan kepada produktiviti pemeriksa semasa bekerja dalam tempoh yang panjang.

Sistem ini turut dilengkapi perisian AURA yang menggabungkan fungsi zum, fokus, pencahayaan, pengukuran dan analisis imej dalam satu platform.
EVO Cam AURA hadir dalam tiga model, 4K Touch, 4K, dan HD yang beroperasi secara kendiri tanpa memerlukan PC.
Kehadiran EVO Cam AURA menjadikan pekerja dalam sektor semikonduktor di Malaysia lebih cekap, produktif dan kekal bekerja ditahap prestasi terbaik dalam persekitaran yang berisiko tinggi.
