Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Face ID iPhone Dan iPad Terkini Didakwa Langgar 7 Paten Syarikat Kimia Jerman

Teknologi Face ID iPhone Dan iPad Terkini Didakwa Langgar 7 Paten Syarikat Kimia Jerman

Diterbitkan September 8, 2026 · Dikemas kini September 8, 2026 oleh ariff bukhari

BASF, syarikat kimia gergasi Jerman melalui anak syarikatnya trinamiX, telah memfailkan saman terhadap Apple di Amerika Syarikat.

Saman itu mendakwa iPhone dan iPad terkini menggunakan teknologi pengesahan wajah yang melanggar tujuh paten milik BASF.

Teknologi tersebut dibangunkan sejak lebih sedekad lalu untuk menghalang serangan penipuan seperti penggunaan gambar, topeng atau replika wajah bagi menipu sistem keselamatan.

Menurut BASF, Apple tidak menggunakan teknologi ini ketika memperkenalkan Face ID pada iPhone X pada 2017.

Namun, syarikat itu kini didakwa telah mengintegrasikannya dalam model baharu termasuk iPhone 15 hingga 17 serta iPad Pro.

 

“Apple tahu atau sepatutnya tahu tentang kebarangkalian tinggi bahawa mengemas kini iPhone dan iPadnya untuk memasukkan Face ID menggunakan bahan dan pengesanan kulit” melanggar tujuh paten ‌trinamiX ⁠, menyebabkan “kerosakan yang besar dan kecederaan yang tidak boleh diperbaiki,” kata aduan itu.

Ekoran itu, BASF kini menuntut ganti rugi serta injunksi bagi menghentikan pelanggaran lanjut.

Berdasarkan laporan Reuters, Apple setakat ini belum memberi sebarang komen.

trinamiX bermula dari 2010, apabila saintis BASF yang melakukan penyelidikan pada sel solar organik membuat penemuan yang tidak dijangka yang membawa kepada pembinaan prototaip kamera tiga dimensi awal.

BASF kemudian menubuhkan trinamiX pada 2014 sebagai entiti yang berdiri sendiri untuk membangunkan teknologi 3D dan penderiaan bahan termaju, dan kini syarikat itu memegang lebih daripada 800 paten di seluruh dunia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • HP Peroleh Hak Ke Atas Sebahagian Paten Wi‑Fi Milik Huawei
  • Apple Berdepan Saman ~RM10.93 Bilion Berkaitan Isu Privasi Aplikasi Pihak Ketiga Di UK

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY