Penggunaan papan pintar dalam pendidikan semakin berkembang. Terbaru, JOI® Smartboard hadir dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) dan pemproses Intel® Core™ Generasi ke-14 yang direka untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif.
Peranti ini menampilkan paparan 4K UHD dengan skrin sentuh responsif, membolehkan guru dan pelajar menulis, melakar serta berkongsi idea secara serentak. Ia turut menyokong perkongsian skrin tanpa wayar, dilengkapi kamera dan mikrofon terbina dalam untuk pengalaman pembelajaran hibrid yang lebih lancar.
JOI® Smartboard ditawarkan dalam dua versi langganan iaitu Basic dan Pro. Versi Basic menyediakan ciri asas seperti pengecaman tulisan tangan dan pengiraan formula matematik.
Versi Pro pula menambah fungsi seperti dialog AI secara langsung, rakaman dan transkripsi pembelajaran, serta terjemahan pelbagai bahasa masa nyata.
Selain itu, peranti ini boleh diintegrasikan dengan Microsoft 365 Education termasuk Speaker Progress, Reading Progress, Reading Coach dan Microsoft Copilot. Ia memberi ruang kepada guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan pelajar.
Institusi pendidikan juga mempunyai pilihan fleksibel untuk pemilikan peranti melalui SNS OnePlan yang menawarkan pajakan, pembelian atau naik taraf mengikut keperluan. Semua peranti datang dengan pengurusan IT menyeluruh bagi memastikan guru boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran.
Maklumat lanjut mengenai JOI® Smartboard boleh diperoleh di laman rasmi JOI®, termasuk tempahan sesi demo bagi institusi yang berminat.
{suggest}