Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tecno pova 7

Siri Tecno Pova 7 Baharu Dilancar Di Malaysia Dengan 5G, Harga Dari RM899

Diterbitkan Ogos 8, 2025 oleh Amsyar Latif

Tecno kembali memperbaharui siri Pova 7, kali ini dengan sokongan 5G untuk dua model baharu, iaitu Pova 7 5G dan Pova 7 Ultra 5G.

Model asas Pova 7 5G hadir dengan paparan 6.78 inci FHD+ berkelajuan 144Hz, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Ultimate.

Bateri berkapasiti 6,000 mAh menyokong pengecasan pantas 45W melalui kabel dan 30W secara tanpa wayar. Kamera belakang dilengkapi lensa tunggal 50MP, manakala kamera swafoto 13MP.

Ia menjalankan Android 15 dengan HiOS 15 Special dan memiliki penarafan kalis air dan debu IP64. Versi 8GB RAM ditawarkan bersama storan 128GB pada harga RM899 atau 256GB pada RM999.

Bagi Pova 7 Ultra 5G, skrin lebih kecil 6.67 inci AMOLED beresolusi 1.5K digunakan, tetapi dikuasakan cip lebih berkuasa MediaTek Dimensity 8350 Ultimate.

Screenshot 2025-08-08 at 5.23.50 PM

Kapasiti bateri kekal sama, namun pengecasan berwayar dipertingkat kepada 70W di samping 30W tanpa wayar. Sistem kameranya terdiri daripada 108MP + 8MP di belakang dan 13MP di hadapan. Model ini menawarkan storan 256GB dengan pilihan RAM 8GB (RM1,299) atau 12GB (RM1,399).

Kedua-dua telefon disertakan power bank 5,000 mAh yang menyokong pengecasan tanpa wayar 30W. 

Berkaitan

  • TECNO Perlihatkan 3 Inovasi Teknologi Kamera Terkini Untuk Telefon Pintar
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Redmi 15 5G Kini Dilancarkan - Bateri 7,000mAh, Harga RM729

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY