Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tayar Goodyear Untuk Kenderaan Komersil Kini Berasaskan Minyak Kacang Soya

Tayar Goodyear Untuk Kenderaan Komersil Kini Berasaskan Minyak Kacang Soya

Diterbitkan November 30, 2022 oleh ariff bukhari

Syarikat pengeluar tayar terkemuka, Goodyear kini sudah mula menghasilkan tayar kenderaan komersil mereka yang berasaskan minyak kacang soya.

Goodyear menyatakan, penggunaan minyak kacang soya memberikan peningkatan prestasi kenderaan dan meningkatkan fleksibiliti tayar dalam suhu yang lebih rendah serta meningkatkan daya tarikan dalam keadaan hujan dan salji.

Penggunaan minyak kacang soya juga membolehkan Goodyear memecahkan beberapa sempadan penggunaan tradisional minyak berasaskan petroleum bagi meningkatkan prestasi produk untuk pengguna.

Tayar Goodyear Untuk Kenderaan Komersil Kini Berasaskan Minyak Kacang Soya

Ketua Jurutera Sains dan Teknologi Polimer Goodyear, Robert A. Woloszynek menyatakan bahawa, jumlah kandungan minyak petroleum adalah sekitar 8 peratus dalam tayar biasa mengikut berat.

Tetapi Goodyear dapat menggantikan kira-kira 60 peratus daripada minyak itu dengan minyak kacang soya. Sebagai contoh di dalam siri tayar Goodyear Assurance WeatheReady.

Berkaitan

  • Kenali Apa Itu FUP Dan Kenapa Ia Disertakan Dalam Pelan Internet 'Unlimited'
  • Selepas 15 Tahun, Ini 8 Fakta Menarik Tentang Statistik Pengguna iPhone (2022)
  • Kuo: Protes Di Kilang Foxconn, Penghantaran iPhone 14 Pro Dijangka Jauh Lebih Rendah

Berikut adalah taray Goodyear yang sudah berasaskan minyak kacang soya:-

  1. Goodyear Assurance® WeatherReady®
  2. Goodyear Assurance® ComfortDrive™
  3. Goodyear Eagle Exhilarate™
  4. Eagle® Enforcer All Weather™ (digunakan terutamanya oleh kenderaan kerajaan/negara)

Goodyear menetapkan matlamat untuk menghapuskan sepenuhnya penggunaan minyak berasaskan petroleum menjelang 2040 dan menggantikannya dengan teknologi minyak kacang soya.

Sumber: Goodyear, Rubber Journal Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY