Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 14 pro pro max

Kuo: Protes Di Kilang Foxconn, Penghantaran iPhone 14 Pro Dijangka Jauh Lebih Rendah

Diterbitkan November 30, 2022 · Dikemas kini November 30, 2022 oleh Amalina Athman

Menurut laporan penganalisis Ming-Chi Kuo, pengeluaran bagi iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dijangka akan jauh lebih rendah daripada jangkaan berikutan protes buruh di kilang Foxconn di China.

Berkaitan

  • Sebahagian Cip Apple Akan Dibekalkan Dari Amerika Syarikat, Mahu Banyakkan Kilang Di Eropah
  • Ini Senarai 11 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk iPhone, iPad, Apple TV, Apple Watch Dan Mac 2022
  • Apple Music Replay 2022 Kini Tersedia Dengan Ciri Baharu 'Highlight Reel'

Kuo menyatakan, pengeluaran kilang iPhone yang terletak di Zhengzhou itu telah terjejas dengan ketara berikutan bantahan terhadap keadaan kerja yang tidak menggalakkan. Ia seterusnya menyebabkan unjuran penghantaran iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max bagi suku keempat 2022 adalah 15-20 juta unit lebih rendah daripada jangkaan.

Tambahnya, purata kadar penggunaan kapasiti kilang iPhone di Zhengzhou hanya kira-kira 20% pada bulan November, dan ia dijangka meningkat kepada 30–40% pada bulan Disember.

Pegatron dan Luxshare ICT masing-masing telah memperoleh kira-kira 10% pesanan iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max daripada Foxconn, tetapi berkata penghantaran besar-besaran tidak akan tersedia sekurang-kurangnya sehingga akhir Disember.

Disebabkan kemelesetan ekonomi dan kelewatan penghantaran yang panjang, Kuo menjangkakan permintaan untuk model iPhone 14 Pro pada suku ini akan “hilang” sehingga bekalan bertambah baik.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY