Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Selepas 15 Tahun, Ini 8 Fakta Menarik Tentang Statistik Pengguna iPhone (2022)

Posted on November 26, 2022

Telefon pintar iPhone pertama kali menerjah pasaran dalam bulan Jun 2007 dahulu.

Dalam tempoh 15 tahun, iPhone telah merevolusi dunia telefon pintar dengan memperkenalkan pelbagi ciri-ciri menarik antaranya adalah ciri sentuh, reka bentuk peranti, papan kekunci maya dan banyak lagi.

iPhone telah memaksa pesaing lainnya turut berubah dengan membangunkan telefon pintar yang dapat bersaing dengannya.

Sepanjang 15 tahun ini juga, Apple telah melancarkan sebanyak 38 siri iPhone iaitu:

  1. 2007 – iPhone Gen 1 atau juga dikenali sebagai iPhone 2G
  2. 2008 – iPhone 3G
  3. 2009 – iPhone 3GS
  4. 2010 – iPhone 4
  5. 2011 – iPhone 4S
  6. 2012 – iPhone 5
  7. 2013 – iPhone 5C, iPhone 5S
  8. 2014 – iPhone 6, iPhone 6 Plus
  9. 2015 – iPhone 6s, iPhone 6s Plus
  10. 2016 – iPhone SE (Gen 1), iPhone 7, iPhone 7 Plus
  11. 2017 – iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X
  12. 2018 – iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max
  13. 2019 – iPhone 11, iPhone 11 Pro, iPhone 11 Pro Max
  14. 2020 – iPhone SE (Gen 2), iPhone 12 mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, iPhone 12 Pro Max
  15. 2021 – iPhone 13 mini, iPhone 13, iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max
  16. 2022 – iPhone SE (Gen 3), iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Jadi berikut adalah 8 fakta menarik tentang iPhone sepanjang 15 tahunnya:-

1. Setakat tahun 2022, dianggarkan terdapat lebih daripada 1.2 bilion pengguna iPhone di seluruh dunia dengan penguasaan pasaran sebanyak 27.22%.

2. Pada tahun 2010 dahulu, terdapat sekitar 60 juta pengguna iPhone sahaja di seluruh dunia. Jumlah itu meningkat saban tahun dan dianggarkan pengguna iPhone di seluruh dunia pada tahun 2021 berjumlah 1.23 bilion.

3. 51% Pengguna iPhone adalah terdiri daripada perempuan dan 49%  lagi adalah lelaki.

4. iPhone sangat popular dikalangan pengguna yang berumur di antara 16 hingga 34 tahun.

5. Selain memiliki iPhone, 35% penggunanya juga turut memiliki jampintar Apple Watch.

6. Aplikasi paling banyak dimuat turun oleh pengguna iPhone adalah TikTok dalam tahun 2021 lalu.

Malah TikTok juga adalah aplikasi yang merekodkan keuntungan paling tinggi di iPhone.

7. Untuk suku pertama tahun 2022, dianggarkan sebanyak 1 juta unit iPhone ‘Made in India‘ telah dipasarkan di dalam negara India. Ia adalah peningkatan sebanyak 50% tahun/tahun untuk pasaran negara itu.

8.  Dianggarkan sebanyak 2.2 bilion unit iPhone telah dijual di seluruh dunia setakat tahun 2022.

{suggest}

Sumber: Demand Sage

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress