Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Find N3 launch date

Pelancaran Global Siri OPPO Find N3 Akan Berlangsung Minggu Depan

Diterbitkan Oktober 12, 2023 · Dikemas kini Oktober 12, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Ogos lalu, OPPO telah melancarkan Find N3 Flip untuk pasaran China. Terbaharu, OPPO mengumumkan pelancaran global siri Find N3 dijadualkan berlangsung pada minggu depan, iaitu 19 Oktober 2023.

Berkaitan

  • OPPO Find N3 Flip Rasmi - Telefon Flip Pertama Dengan 3 Kamera
  • OnePlus Dan OPPO Sah Akan Lancar Telefon Lipat Sama
  • OPPO Find N3 Flip Sah Masuk Malaysia Dalam Masa Terdekat
  • Rekaan Penuh OnePlus Open Tertiris, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Bercakap mengenai siri pelancaran, ia memberikan gambaran akan terdapat lebih daripada satu model yang akan dilancarkan.

Introducing not one, but two game-changing foldables.

Tune into the #OPPOFindN3Series Global Launch and witness the future unfold.
🔗 https://t.co/Fwkyuf02Om pic.twitter.com/G8xFYaqEeZ

— OPPO (@oppo) October 12, 2023

Tambahan pula, OPPO mengatakan tidak hanya satu, tetapi dua peranti lipat akan diperkenal. Walau bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih lanjut mengenainya.

Setakat ini, Find N3 Flip telah pun sah bakal hadir untuk pasaran global. Sewaktu pelancaran di China, ia ditawarkan dengan cip Dimensity 9200 serta tetapan tiga kamera yang merangkumi 50MP utama, 32MP telefoto dan 48MP ultra-lebar.

Buat masa ini, belum dapat dipastikan jika Find N3 Fold akan menjadi satu lagi peranti yang akan dilancarkan pada acara itu.

Sehingga itu, nantikan pengumuman selanjutnya daripada OPPO.

  • Beli peranti OPPO di Shopee: https://invl.io/clk1lcm
  • Beli peranti OPPO di Lazada: https://invol.co/clk1lcu

Sumber: OPPO

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY