Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus Open_ OnePlus

Rekaan Penuh OnePlus Open Tertiris, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Diterbitkan Oktober 10, 2023 · Dikemas kini Oktober 10, 2023 oleh Amalina Athman

OnePlus mula mengacah kehadiran telefon lipat pertamanya, OnePlus Open, yang bakal membuat kemunculan global tidak lama lagi. Seiring dengan itu, beberapa imej yang memperlihat rekaan penuh OnePlus Open telah tertiris.

Berkaitan

  • OnePlus Open Dikatakan Bakal Hadir Pada 19 Oktober Ini
  • OnePlus Dan OPPO Sah Akan Lancar Telefon Lipat Sama

Seperti yang disahkan sebelum ini, OnePlus dan OPPO akan melancarkan telefon lipat yang sama di bawah nama berbeza. OnePlus Open dikatakan adalah versi pasaran global, manakala OPPO Find N3 Fold akan tersedia khusus untuk pasaran China. Kedua-duanya mempunyai rekaan yang mirip.

Rekaan Penuh OnePlus Open Tertiris, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
Rekaan Penuh OnePlus Open Tertiris, Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Dengan kerjasama Hasselblad, OnePlus Open dikatakan bakal menampilkan dua kamera 48MP untuk lensa utama dan ultra-lebar serta sensor telefoto 64MP, yang ditempatkan pada modul berbentuk bulat besar.

OnePlus Open leak_3
OnePlus Open leak_1

Untuk spesifikasi, OnePlus Open dijangka hadir dengan paparan OLED 7.8-inci apabila dibuka lipat dan 6.31-inci OLED untuk panel luaran. Selain itu, peranti ini mungkin dijana cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2, serta sehingga 16GB RAM LPDDR5X dan 256GB storan.

OnePlus Open leak_7
OnePlus Open leak_1=2

OnePlus Open dijangka akan dilancarkan pada 19 Oktober 2023, dengan harga di bawah $1,700 (~RM8,041) untuk pasaran Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, belum ada pengumuman rasmi oleh OnePlus berhubung tarikh pelancaran, mahupun harga serta pasaran jualan yang disasarkan. Sehingga itu, nantikan lebih banyak pengumuman tidak lama lagi.

  • Beli peranti OnePlus di Shopee: https://invl.io/cljyoor
  • Beli peranti OnePlus di Lazada: https://invol.co/cljyoo2

Sumber: winfuture

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY