OPPO Find N3 Flip Rasmi - Telefon Flip Pertama Dengan 3 Kamera

OPPO Find N2 Flip adalah sebuah peranti boleh lipat dengan kesan lipatan yang cukup sempurna dalam binaannya. Kini, OPPO telah melancarkan pengganti kepada telefon tersebut - OPPO Find N3 Flip.

Oppo Find N3 Flip chipset and main screen

Untuk pengetahuan anda, OPPO Find N3 Flip baru sahaja dilancarkan untuk pasaran China dan OPPO juga mengesahkan kehadiran peranti tersebut untuk pasaran global.

Spesifikasi OPPO Find N3 Flip


Oppo Find N3 Flip brings improved cameras and Dimensity 9200 chip

Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9200, memori RAM LPDDR5X, storan UFS 4.0 dan hadir dalam 2 variasi - 12GB + 256GB, 12GB + 512GB.

Untuk skrin dalaman, ia hadir dalam ukuran 6.8" paparan AMOLED beresolusi 2520 × 1080, sokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksimum 1,600 nits.

Sementara itu, skrin luarannya pula berukuran 3.2" paparan AMOLED yang beresolusi 720 × 382, sokong kadar segar semula 60Hz dengan kecerahan maksimum 900 nits.

Selain itu, OPPO Find N3 Flip dilengkapi tetapan 3 kamera - 50MP utama dengan OIS, 32MP potret dengan 2x optikal zum, 48MP ultra-lebar dan 32MP swafoto.

Find N3 Flip design and colors

Peranti ini juga disokong bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas SuperVOOC 44W dan hadir dalam 3 pilihan warna - Black, Gold dan Rose.

{suggest}

Pratempah sudah mula dibuka di China, jualan terbuka dijadualkan pada 8 September nanti. Variasi 12GB + 256GB dijual pada harga CNY 6,799 (~RM4330.74) dan CNY 7,599 (~RM4840.31) untuk variasi paling berkuasa 12GB + 512GB.

Beli Peranti OPPO di Shopee: https://invl.io/cljoxvs

Beli Peranti OPPO di Lazada: https://invol.co/cljoxw4