Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus OPPO

OnePlus Dan OPPO Sah Akan Lancar Telefon Lipat Sama

Diterbitkan Oktober 3, 2023 · Dikemas kini Oktober 3, 2023 oleh Amalina Athman

OnePlus dan OPPO akan melancarkan telefon lipat yang sama di bawah nama yang berbeza.

Mengikut laporan The Verge, Ketua Pegawai Produk OPPO, Pete Lau, yang juga CEO OnePlus telah mengarahkan pasukan di kedua-dua syarikat membangunkan telefon yang sama untuk dilancarkan di bawah dua jenama bagi pasaran berbeza.

Berkaitan

  • OPPO Find N3 Flip Rasmi - Telefon Flip Pertama Dengan 3 Kamera
  • OnePlus Open Dikatakan Bakal Hadir Pada 19 Oktober Ini

OnePlus tidak menamakan telefon tersebut, namun ia dipercayai adalah OnePlus Open dan OPPO Find N3.

GSMArena baru-baru ini melaporkan OPPO Find N3 hanya eksklusif untuk pasaran China, manakala OnePlus Open akan tersedia untuk pasaran global. Sebelum ini, OPPO Find N2 juga kekal eksklusif di China, sementara Find N2 Flip dipasarkan secara global.

Sementara itu, Find N3 Flip didapati telah pun tersenarai dalam pangkalan data SIRIM, dengan OPPO mula memberi bayangan kehadiran peranti itu untuk pasaran Malaysia.

Bagi Find N3 dan OnePlus Open, belum diketahui model yang mana bakal hadir untuk pasaran tempatan kelak. Sehingga itu, nantikan pengumuman selanjutnya daripada OnePlus atau OPPO.

  • Beli peranti OnePlus di Shopee: https://invl.io/cljyoor
  • Beli peranti OnePlus di Lazada: https://invol.co/cljyoo2
  • Beli peranti OPPO di Shopee: https://invl.io/cljyoov
  • Beli peranti OPPO di Lazada: https://invol.co/cljyooi

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY