Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ASUS Zenfone 11 Ultra

ASUS Zenfone 11 Ultra Akan Dilancar 14 Mac Depan

Diterbitkan Februari 21, 2024 · Dikemas kini Februari 21, 2024 oleh Amalina Athman

ASUS kini mengesahkan pelancaran global Zenfone 11 Ultra akan berlangsung pada 14 Mac 2024, jam 8.00 malam.

Berkaitan

  • ASUS Lancar Beg Galas ROG Baharu, Boleh Muatkan Komputer Riba 16"
  • Dapat Ganjaran Pelanggan Awal Bila Beli Komputer Riba Terbaru ASUS Dan ROG Ini

Melalui platform X dan laman web ASUS, ia mendedahkan peranti ini akan hadir sekurang-kurangnya untuk tiga pasaran, termasuk Taiwan, Amerika Syarikat dan Eropah.

ASUS Zenfone 11 Ultra_1

Zenfone 11 Ultra menampilkan rekaan seakan ROG Phone 8 Pro, tetapi tanpa ciri permainan seperti lampu RGB, AirTrigger dan sebagainya.

Selain itu, maklumat tertiris sebelum ini mendedahkan Zenfone 11 Ultra akan menawarkan skrin 6.78-inci LTPO AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia dijangka akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 3 bersama 16GB RAM LPDDR5x dan sehingga 512GB storan UFS 4.0.

Untuk kamera, ia mungkin dimuatkan tetapan tiga kamera yang sama seperti ROG Phone 8, iaitu 50MP utama (Sony IMX890), 32MP telefoto dengan 3x zum optikal serta 13MP ultra lebar.

Bagi mengetahui maklumat rasmi mengenainya, nantikan acara pelancaran yang akan berlangsung pada 14 Mac 2024, jam 8.00 malam.

  • Beli produk ASUS di Shopee: https://invl.io/clkre8b
  • Beli produk ASUS di Lazada: https://invol.co/clkre8a

Sumber: ASUS, via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
©2026 WISER.MY