Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Beg galas ROG

ASUS Lancar Beg Galas ROG Baharu, Boleh Muatkan Komputer Riba 16″

Diterbitkan Februari 19, 2024 · Dikemas kini Februari 19, 2024 oleh ariff bukhari

ASUS telah memperkenalkan aksesori baharu untuk peminat ROG iaitu beg galas ROG Ranger Gaming Backpack 16, yang direka khusus untuk pemain bermain permainan di mana sahaja dengan bergaya.

ROG Ranger Gaming Backpack 16 boleh memuatkan komputer riba bersaiz sehingga 16 inci serta pelbagai aksesori lain di dalamnya.

Beg galas ROG

Beg galas ini juga dilengkapi dengan poket sisi yang boleh digunakan untuk menyimpan payung, botol minuman atau aksesori lain yang lebih kecil.

Terdapat juga bahagian penyimpanan yang terletak di bahagian belakang beg galas yang direka untuk menyembunyikan barang berharga seperti kunci, dompet atau pengenalan diri.

ASUS turut mereka bentuk beg ini untuk keselesaan, dengan menyediakan kolar yang dipasang di sisi yang direka untuk menyesuaikan dengan bentuk leher dan belakang pemakai, mengurangkan gerakan sisi ke sisi semasa pemakai sedang berjalan.

Beg galas ROG

ASUS tidak mendedahkan harga jualan bagi beg galas baharu ini dan bilakah ia akan berada di pasaran setakat ini.

Jika anda berminat dengan beg galas ROG Ranger Gaming Backpack 16 ini, layari laman rasmi ASUS ROG untuk info lanjut.

New ROG backpack!😍

The ROG Ranger Gaming Backpack 16 is designed to optimize storage. Able to easily handle a 16" laptop, its power supply, a tablet, and all of your key peripherals, it's the dream companion for a gamer constantly on the move.#ROG pic.twitter.com/jA5M2GZIvT

— ROG Global (@ASUS_ROG) February 13, 2024

Berkaitan

  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • Pasukan Asus Catat Rekod Dunia 'Overclock', Sejukkan Cip Dengan Cecair Helium
  • Siri ASUS ExpertBook Baharu Kini Di Malaysia Dengan Harga RM8,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • PROTON Perkasakan Kualiti Dan Produktiviti Di Kilang EV Tanjung Malim
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY