Syarikat ASUS Malaysia kini telah membawa masuk dua produk komputer riba terbaru ke pasaran Malaysia iaitu ASUS Zenbook DUO (2024) dan ROG Zephyrus G16 (2024) dengan pakej ganjaran pelanggan awal.
Imbas kembali, komputer riba ASUS Zenbook DUO (2024) UX8406 dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 dengan sokongan GPU Intel Arc Graphics.
Memori pula adalah 32GB RAM LPDDR5X dan storan pada kapasiti 1TB SSD PCIe 4.0.
Selain itu, ia juga dikenali sebagai komputer riba pertama di dunia yang mempunyai dua paparan skrin sentuh OLED 14 inci dengan kadar segar semula 120Hz untuk kedua-dua skrin.
Kapasiti baterinya pula adalah 75 watt-jam dan anda boleh dapatkannya pada harga RM9,999 dengan gandingan hadiah berupa ASUS VivoWatch 5 yang bernilai RM1,288.
{suggest}
Bagi model ROG Zephyrus G16 pula, ia dilengkapi dengan cip Intel Core Ultra 7 yang disokong kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4060, memori 16GB RAM LPDDR5X dan storan 1TB PCIe 4.0.
Selain itu, ia juga menjalankan sistem operasi Windows 11 Home dengan gandingan NPU Intel AI Boost.
Skrinnya pula adalah ROG Nebula Display bersaiz 16 inci (2560 x 1600) dengan kadar segar semula 240Hz.
Tempoh pakej ganjaran pelanggan awal untuk kedua-dua produk ini hanya berkesan dari 19 Februari hingga 29 Februari 2024 dengan kuantiti yang terhad.
Anda boleh membelinya melalui gedung dalam talian ASUS dan ROG Malaysia serta mana-mana cawangan yang terpilih di seluruh Malaysia.
Sumber: Siaran Media ASUS Malaysia


