Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog phone 2

Tarikh Pelancaran ASUS ROG Phone 2 Sudah Diumumkan

Diterbitkan Julai 5, 2019 oleh Helmi Samsuri

Meneruskan legasi model pertama yang mendapat sambutan hangat daripada pengguna, ROG Phone 2 kini telah disahkan akan dilancar secara rasmi pada 23 Julai hadapan.

Imej pemberitahuan mengenai tarikh pelancaran itu telah dikongsikan ASUS di platform Weibo itu turut memperlihatkan kolaborasi antara ROG dan penerbit aplikasi permainan popular, Tencent. Jalinan antara dua syarikat ini telahpun dilaporkan sekitar awal Jun yang lalu dimana ia mungkin mendatangkan keupayaan peranti dari segi integrasi perkakasan dan perisian.

Tarikh Pelancaran ASUS ROG Phone 2 Sudah Diumumkan

Spesifikasi peranti mudah alih kedua dalam siri ROG ini masih samar-samar lagi tetapi ia dijangkakan hadir dengan paparan SuperAMOLED 120Hz, dwi kamera belakang, pengecasan pantas 30W, Snapdragon 855, memori RAM sekurang-kurangnya 6GB dan 128GB storan.

Berdasarkan penawaran model sebelumnya, kita juga boleh meramal ia akan tampil dilengkapi dengan pelbagai aksesori menarik, menambahbaik pengalaman bermain aplikasi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY