ASUS Dan Tencent Games Umum Kerjasama Untuk ROG Phone Keluaran Akan Datang

ROG Phone akan datang diramal akan menjadi lebih menarik dimana pada 5 Jun lalu, ASUS dan Tencent Games telah rasmi menjalin kerjasama bagi keluaran baru siri telefon pintar yang memfokuskan permainan aplikasi tersebut.



Tencent yang juga gergasi penerbit permainan video dari China itu dikatakan bakal membantu ASUS dalam mengoptimumkan generasi baru ROG Phone yang djangka diperkenalkan sekitar Julai depan untuk pasaran China. Kerjasama ini akan meningkatkan keupayaan model tersebut dari segi integrasi perkakasan dan perisian yang mana memberi lebih kenikmatan bermain permainan kepada pengguna.

Disebut sebagai ROG Phone 2, desas-desus menyatakan ia bakal hadir dengan kadar segar semula paparan 120Hz, lebih baik dari model sebelumnya (90Hz), serta penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 855.

Sumber: Weibo