Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starlink Mini Malaysia RM930_2

Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink

Diterbitkan Oktober 28, 2026 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat teknologi pengiklanan Israel didakwa menyasarkan pengguna internet satelit Starlink melalui iklan dalam talian yang dipercayai digunakan untuk mengenal pasti lokasi atau menjejaki mereka.

Menurut laporan eksklusif Reuters, enam sumber yang mengetahui perkara tersebut mengaitkan aktiviti berkenaan dengan syarikat Discover-Tech.

Penyelidik TrendAI, unit keselamatan siber di bawah Trend Micro, mendapati entiti yang mereka jejaki sebagai SHADOW-EARTH-79 merupakan pembida teratas bagi ruang iklan dalam trafik Starlink di 105 negara, berdasarkan data yang dicerap.

Laporan TrendAI yang diterbitkan pada 15 Oktober tidak menamakan Discover-Tech. Bagaimanapun, enam sumber Reuters menyatakan bahawa nama kod tersebut merujuk kepada syarikat berkenaan.

Malaysia turut disenaraikan dalam data TrendAI. Dalam sampel trafik Starlink bagi Malaysia, SHADOW-EARTH-79 merekodkan 1,392 daripada 1,579 bidaan yang dicerap, bersamaan 88.2%.

Angka itu merujuk kepada aktiviti bidaan dalam sampel penyelidikan, bukannya jumlah pengguna atau peratus pelanggan Starlink Malaysia yang disahkan diintip.

Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
Jadual menunjukkan negara tempat SHADOW-EARTH-79 berada dalam kalangan lima pembida teratas berdasarkan bidaan berjaya bagi paparan iklan dalam trafik Starlink yang dicerap TrendAI. Senarai disusun mengikut jumlah bidaan berjaya entiti tersebut.

Jadual menunjukkan negara tempat SHADOW-EARTH-79 berada dalam kalangan lima pembida teratas berdasarkan bidaan berjaya bagi paparan iklan dalam trafik Starlink yang dicerap TrendAI. Senarai disusun mengikut jumlah bidaan berjaya entiti tersebut.

Sistem pembidaan iklan masa nyata membolehkan pengiklan bersaing untuk mendapatkan ruang iklan dalam laman web dan aplikasi. Proses ini boleh mendedahkan maklumat seperti alamat IP, lokasi dan pengecam peranti kepada pihak yang membida.

Maklumat tersebut berpotensi digabungkan untuk membina profil pengguna dan menjejaki pergerakan mereka, termasuk di kawasan konflik atau lokasi sensitif.

Berdasarkan bukti yang dikumpulkan, TrendAI menilai dengan tahap keyakinan sederhana hingga tinggi bahawa aktiviti pengiklanan SHADOW-EARTH-79 berfungsi sebagai infrastruktur penyasaran dan penjejakan, bukannya operasi pengiklanan komersial.

Analisis itu bagaimanapun terhad kepada telemetri TrendAI daripada satu platform pembelian iklan. Penemuan tersebut tidak membuktikan semua pengguna Starlink terjejas atau rangkaian Starlink telah digodam.

Siasatan berasingan oleh Citizen Lab dan Confiant turut mengaitkan Discover-Tech dengan penyalahgunaan sistem pengiklanan untuk pengawasan digital serta industri perisian pengintip komersial.

Susulan siasatan terhadap syarikat itu, Google, Comcast dan beberapa syarikat lain menyatakan bahawa mereka telah menyingkirkan Discover-Tech daripada platform pengiklanan masing-masing, menurut Reuters.

SpaceX tidak memberikan respons terhadap permintaan Reuters untuk mendapatkan ulasan. Discover-Tech dan ketua eksekutifnya juga tidak memberikan respons sepanjang dua minggu sebelum laporan itu diterbitkan.

Berkaitan

  • SpaceX Batal Syarat Khas Bagi Pengguna Starlink Di Poland
  • Pengguna Starlink Di Malaysia Dilapor Dihadkan Kelajuan Selepas Guna 5TB Data

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
©2026 WISER.MY