Dijual dengan harga $40 (~RM169), anda akan menerima sepasang insole, tag Jacquard untuk dimasukkan ke salah satu bahagian kasut yang kerap digunakan, dan dummy tag yang akan dimasukkan ke satu bahagian lagi.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=g6S3gRX7ssE[/embed]
Pada jaket Levi's dan backpack Yves Saint Lauren, Jacquard tag disambungkan pada peranti untuk mengawal panggilan, muzik dan banyak lagi dengan menyentuh bahagian sensitif fabrik. Tag yang didatangkan dengan GMR ini adalah sama seperti jaket dan backpack tersebut, namun dengan fungsi yang berbeza dimana pergerakan fizikal anda semasa bermain bola sepak boleh ditukarkan kepada ganjaran dalam FIFA Mobile.
Tag GMR ini akan disambungkan dengan aplikasi Adidas GMR, dan setelah selesai ditetapkan, anda dapat menghubungkannya dengan profil FIFA Mobile. Setelah itu, anda dapat menyertai acara eksklusif dalam FIFA Mobile yang akan menawarkan cabaran dunia-sebenar setiap minggu seperti menendang bola dalam beberapa kali atau berlari dengan jarak yang ditetapkan.
Terdapat juga papan pendahulu (leaderboard) dimana anda boleh melihat kedudukan semasa anda.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Google Drive, Docs, Sheets, Slides & Forms Dikemaskini Dengan Cara Perkongsian Lebih Mudah
- Apple, Google Kerjasama Untuk Tangani Penyalahgunaan Alat Penjejakan
- realme Kini Mempunyai 40 Juta Pengguna Secara Global
- Google Perkenal Cara Baharu Untuk Perkongsian Fail Peranti Android
- Twitter Tambah Sokongan Baru Pada DM - Beri Reaksi Emoji Seperti Facebook
- Twitter Tambah Fungsi Baru 'Continue Thread'
- Google Pixel 5 Dilaporkan Mengalami Masalah Pada Skrin Paparan Dan Bingkai
- realme X50 Pro 5G Akan Dilancar Di Malaysia Pada 6 Julai Ini
- Jabatan Kehakiman AS Saman Google, Didakwa Bersikap Tidak Adil Kepada Pesaing Carian
- Google Dilapor Akan Uji Cip Tensor Di Taiwan Sebelum Beralih Ke TSMC