Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kempen Ramadan & Raya Taobao, Belanja Dan Menang Duit Raya Setiap Minggu

Taobao Malaysia Bakal Lancar Antara Muka Bahasa Melayu Menjelang Jun

Diterbitkan April 21, 2025 oleh Amalina Athman

Taobao Malaysia bakal memperkenalkan antara muka dalam bahasa Melayu menjelang Jun ini, bagi memudahkan akses pengguna tempatan ke platform e-dagang popular dari China itu.

Pengenalan antara muka dalam bahasa Melayu ini akan menjadi titik permulaan penting dalam usaha kami untuk menjadikan aplikasi ini sebagai aplikasi tempatan dan memperkasa komitmen kami untuk menyediakan pengguna di Malaysia dengan aplikasi yang mudah diakses, lancar dan pengalaman membeli-belah secara dalam talian tanpa ada rasa keraguan.

Sebelum ini, Taobao Malaysia telah memperkenalkan antara muka bahasa Inggeris pada September tahun lalu, dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menterjemahkan kandungan platform itu secara automatik. Ia turut menyediakan anggaran harga produk dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Dari segi prestasi global, Taobao kini merupakan aplikasi kedua paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom, serta menduduki tempat pertama di Perancis.

Sementara itu, di Malaysia, Taobao berada di kedudukan kedua sebagai aplikasi membeli-belah paling banyak dimuat turun di iOS.

Berkaitan

  • Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Guna Taobao Dalam Bahasa Inggeris
  • Guna Telefon vivo X200 Pun Boleh Dapat Gambar Makro Nampak Pro Macam Ini
  • Mechamato Bakal Ditayangkan Di China Menerusi Youku
  • Penyelidik China Berjaya Hasilkan Memori Flash Terpantas Di Dunia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY