Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2024-09-12 at 3.48.39 PM

Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Guna Taobao Dalam Bahasa Inggeris

Diterbitkan September 12, 2024 ยท Dikemas kini September 12, 2024 oleh Rushsyafizal

Taobao Malaysia kini melancarkan antara muka beta bahasa Inggeris, menawarkan pengalaman beli-belah yang lebih mesra pengguna. Pelancaran ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan akses dalam bahasa Inggeris dan meningkatkan kemudahan dalam mencari serta membeli produk dari pelbagai kategori. Malaysia, bersama Singapura, adalah negara pertama yang menerimanya.

Antara muka baharu ini dikuasakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk terjemahan automatik, sementara sokongan pelanggan dalam bahasa Inggeris dan Cina disediakan dalam aplikasi. Dengan penerangan produk dalam bahasa Inggeris dan anggaran harga dalam Ringgit Malaysia (RM), pengalaman beli-belah kini lebih disesuaikan dengan keperluan pengguna Malaysia.

Selain itu, ia juga bertujuan mengurangkan halangan bahasa dan meningkatkan kepuasan pelanggan, di mana mereka turut akan menikmati beberapa tawaran istimewa seperti penghantaran udara percuma untuk fesyen melebihi RMB199, faedah pengguna baharu bernilai RMB65, serta pulangan percuma untuk pesanan pertama.

WhatsApp Image 2024-09-12 at 3.14.23 PM
Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Guna Taobao Dalam Bahasa Inggeris
Pengguna Di Malaysia Kini Boleh Guna Taobao Dalam Bahasa Inggeris

Untuk meraikan pelancaran beta bahasa Inggeris, Taobao turut menawarkan baucar untuk pengguna baharu dan pulangan percuma dalam tempoh 15 hari bagi pulangan pertama. Pengguna Malaysia boleh memilih pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad kredit dan debit, Antom, ansuran kad kredit, perbankan dalam talian, dan e-dompet.

Aplikasi Taobao dengan antara muka bahasa Inggeris boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store dan Google Play Store.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • iOS 18 Bolehkan Pengguna iPhone 'Pause' Video Ketika Rakam
  • Malaysia Teroka Teknologi UAV Dengan Kerjasama China
  • Sistem e-Sisa Untuk Kenal Pasti Lokasi Berisiko Jadi Tempat Pembuangan Sisa
  • Jepun Rancang Perkenal Kereta Api Peluru Tanpa Pemandu Menjelang 2030
  • Google Kemas Kini Antara Muka Play Store Apabila Memasang Aplikasi

Sumber : Siaran Media Taobao

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY