Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mechamato Bakal Ditayangkan Di China Menerusi Youku

Mechamato Bakal Ditayangkan Di China Menerusi Youku

Diterbitkan April 18, 2025 · Dikemas kini April 18, 2025 oleh Amalina Athman

Animasi tempatan yang semakin popular, Mechamato, kini melangkah ke pasaran China apabila bakal ditayangkan di negara itu melalui platform penstriman Youku.

Perkembangan ini diumumkan oleh pengasas bersama Monsta, Nizam Abdul Razak, menerusi hantaran di saluran media sosial rasmi beliau.

Menurut Nizam, kerjasama antara Youku bukan sahaja melibatkan penstriman kandungan, tetapi turut merangkumi pelesenan dan produk (licensing & merchandising). Tambah beliau, ini merupakan langkah penting dalam usaha mengembangkan jenama Mechamato dan Malaysia ke peringkat global.

开启全新篇章,Mechamato飞向中国!

MONSTA mengumumkan Mechamato akan mula ditayangkan di China melalui Youku. Perjanjian ini turut merangkumi licensing & merchandising! Ini merupakan langkah penting dalam usaha mengembangkan jenama Mechamato dan Malaysia ke peringkat global! pic.twitter.com/ipJBAKY51y

— NizamABDRAZAK (@nizamabdrazak) April 17, 2025

Sebelum ini, Mechamato mencipta sejarah apabila filem animasi tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM18.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan, dan meningkat kepada RM34 juta selepas 4 minggu tayangan.

Animasi itu turut mencatatkan kejayaan apabila ia mula ditayangkan di Netflix Jepun pada 2022. Pada tahun 2023, Mechamato juga menerima pengiktirafan melalui anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival.

Dengan penayangan di China, Mechamato dijangka akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu animasi tempatan paling berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Berkaitan

  • Mechamato Siri Animasi Luar Jepun Pertama Memenangi Anime Fan Award
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Rapid KL Lancar Tren, Bas Dengan Tema Mechamato - Berpeluang Tebus MechaTrain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY