Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
USB port

Tanda Dagangan 25 Logo USB Ini Sudah Tidak Sah Digunakan

Diterbitkan Februari 12, 2025 · Dikemas kini Februari 12, 2025 oleh ariff bukhari

USB Implementers Forum, Inc. (USB-IF), sebuah perbadanan bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan oleh kumpulan syarikat yang membangunkan spesifikasi bagi sambungan peranti Universal Serial Bus (USB) telah pun melancarkan label USB baharu yang terdiri daripada logo dan ikon sebagai tanda dagangan rasmi yang dipaparkan pada peranti, kabel dan kotak pembungkusan.

Susulan daripada itu, tanda dagangan terdahulu yang pernah digunakan secara rasminya ditamatkan.

Semakan di laman rasmi badan itu bagi Keperluan Lesen Tanda Dagangan USB menyenaraikan sejumlah 25 logo USB telah ditamatkan.

USB Label 1
USB Label 2
USB Label 3
USB Label 4
USB Label 5

Walau bagaimanapun, USB-IF menyatakan bahawa tanda dagangan terdahulu ini hanya dibenarkan untuk digunakan mengikut Perjanjian Lesen Tanda Dagangan Logo USB-IF, dengan syarat produk yang berkaitan telah memenuhi keperluan ujian dan syarat lain yang disenaraikan, serta mematuhi spesifikasi USB berkenaan.

Namun begitu, USB-IF menggalakkan penggunaan tanda dagangan baharu yang menggantikan tanda dagangan yang telah ditamatkan.

Jadi, jika anda membeli produk-produk seperti kabel atau storan luar yang dilengkapi dengan sambung USB, adalah disyorkan anda membeli produk USB tersebut yang memaparkan logo USB baharu yang telah dikongsikan dalam artikel sebelum ini.

Beli kabel dan storan USB dari:

  • Shopee – https://invl.io/clmdwwc
  • Lazada – https://invol.co/clmdwwp

Berkaitan

  • ADATA Lancar Storan Luar Dengan Sambungan USB4 Pertama Di Dunia
  • Semua Peranti Pintar Di EU Kini Mesti Menggunakan Pengecas USB-C
  • Kenapa Sesetengah Port USB Berwarna Oren, Hijau, Biru? Ini Penjelasannya

Sumber: USB-IF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
©2026 WISER.MY