Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
usb port

Label USB Kini Dalam Logo, Ikon Baharu – Lebih Jelas Untuk Kenal Dan Faham

Diterbitkan Februari 12, 2025 · Dikemas kini Februari 13, 2025 oleh ariff bukhari

USB Implementers Forum (USB-IF) telah memperkenalkan logo dan ikon baharu yang lebih mudah difahami untuk memudahkan pengguna mengenali kelajuan dan prestasi USB dengan pantas.

Langkah ini bertujuan mengatasi kekeliruan akibat penamaan versi terdahulu seperti “USB 3.2” atau “USB4v2,” yang dianggap terlalu teknikal.

USB-IF menetapkan bahawa, “Vendor mesti menyampaikan dengan jelas isyarat prestasi bahawa produk dihantar dalam pembungkusan produk, kandungan pengiklanan, dan sebarang bahan pemasaran lain.”

new USB labels
new USB labels

Label USB baharu ini memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu:

  • Kelajuan data: 10Gbps, 20Gbps, 40Gbps, dan lain-lain di mana Gbps merujuk kepada kelajuan pemindahan data dari segi gigabit sesaat.
  • Penghantaran kuasa: 60W, 240W, dan lain-lain, di mana watt merujuk kepada berapa banyak kuasa yang boleh dihantar (cth, untuk pengecasan).

Sebagai contoh, tidak semua kabel USB dengan pemprosesan data 40Gbps boleh membekalkan kuasa yang mencukupi untuk mengecas komputer riba yang memerlukan 240W.

Label USB baru
Logo USB 80Gbps hanya tertera pada port peranti sahaja.

Jadi, dengan penekanan pada kelajuan pemindahan data dan kapasiti penghantaran kuasa, pengguna kini dapat mengenal pasti keupayaan peranti dan kabel USB dengan lebih mudah.

Berkaitan

  • Anda Tidak Salah, Kualiti Pemacu Storan USB Memang Semakin Teruk
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kenapa Sesetengah Port USB Berwarna Oren, Hijau, Biru? Ini Penjelasannya

Sumber: USB-IF Logo License | USB-IF

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY