Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tamagotchi Versi Baru Boleh Dimainkan Pada Android Dan iOS Bermula 2018

Tamagotchi Versi Baru Boleh Dimainkan Pada Android Dan iOS Bermula 2018

Diterbitkan November 29, 2017 ยท Dikemas kini November 29, 2017 oleh Helmi Samsuri

Permainan yang cukup popular pada zaman 90’an, Tamagotchi kini dilaporkan akan hadir pada platform telefon pintar, Android dan iOS. Pengeluar permainan, Bandai Namco, telah membuat perancangan untuk menawarkan Tamagotchi versi telefon pintar yang mana ia akan dikeluarkan pada 2018.

Untuk pengetahuan semua, syarikat itu sudah pernah mengeluarkan versi telefon pintar yang dikenali sebagai Tamagotchi Classic, tetapi versi baru yang dinamakan sebagai My Tamagotchi Forever dikatakan lebih canggih dan menarik.

Tidak seperti permainan lama berupa kotak-kotak piksel monokrom, versi 2018 itu nanti akan menampilkan paparan grafik 3D. Jika dilihat pada video yang dikeluarkan Bandai, ia membayangkan bahawa permainan ini juga dilengkapi dengan teknologi AR untuk memberi pengalaman permainan yang lebih baik kepada pemain.

Difahamkan My Tamagotchi Forever sudah mula ditawarkan di Kanada dan mungkin penawarannya ke negara yang lain mengambil sedikit masa.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY