Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Takut Didenda Sehingga ~RM234 Juta Sehari, Apple Tunduk Pada Peraturan Digital EU

Takut Didenda Sehingga ~RM234 Juta Sehari, Apple Tunduk Pada Peraturan Digital EU

Diterbitkan Ogos 19, 2026 · Dikemas kini Ogos 19, 2026 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Eropah pada Selasa menyambut baik perubahan yang dibuat oleh Apple ke atas peraturannya bagi pembangun aplikasi, sebagai langkah menangani pertuduhan melanggar peraturan persaingan blok tersebut sekali gus mengelakkan risiko denda baharu.

Suruhanjaya berkenaan telah mengenakan denda sebanyak 500 juta euro ($586 juta) ke atas Apple pada April 2025 selepas menyimpulkan bahawa syarikat itu melanggar peraturan EU kerana menghalang pembangun daripada mengarahkan pengguna ke luar App Store untuk mengakses tawaran yang lebih murah.

Satu kenyataan EU menyebut bahawa Apple telah bersumpah untuk menawarkan syarat “yang diubah suai” kepada pembangun untuk iPhone dan iPad, iaitu membenarkan mereka memilih sama ada mahu menggunakan App Store, kedai aplikasi pihak ketiga, atau laman web sebagai saluran pengedaran.

 

“Suruhanjaya menyambut baik perubahan yang dibuat oleh Apple ke atas syarat perniagaan mereka,” menurut kenyataan daripada badan eksekutif EU itu, sambil menambah bahawa gergasi teknologi berkenaan akan melaksanakan syarat baharu tersebut di blok berkenaan bermula Oktober 2026.

Gergasi teknologi itu turut mengeluarkan kenyatannya sendiri untuk mengumumkan perubahan berkenaan, yang menurutnya dapat “menyelesaikan perselisihan faham antara Apple dan Suruhanjaya berhubung syarat perniagaan serta pengedaran alternatif”.

Selepas dikenakan denda tahun lalu yang kini sedang dirayu oleh Apple, syarikat itu telah diarahkan untuk membuat perubahan bagi mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) EU, atau berdepan tindakan “pembayaran penalti berkala” tambahan yang boleh mencecah lebih 50 juta euro (~RM234 juta) sehari.

Syarikat tersebut telah mengemukakan cadangan set pertama pada Jun berikutnya—dan sejak itu telah terlibat dalam perbincangan berterusan dengan suruhanjaya mengenai bentuk akhir tawaran berkenaan.

 

“Pada peringkat ini, Suruhanjaya tidak mempertimbangkan pembayaran penalti berkala, sebaliknya sedang memantau langkah yang telah diumumkan,” kata jurucakap EU apabila ditanya sama ada komitmen Apple itu berjaya membatalkan ancaman penalti baharu.

Menurut suruhanjaya itu, syarat baharu tersebut memberikan pembangun “kebebasan yang lebih besar” untuk mengarahkan pengguna App Store ke platform dan sistem pembayaran alternatif.

Apple juga berikrar untuk mengurangkan dan mempermudah yuran App Store mereka, manakala pengguna di EU akan dapat menggunakan saluran pengedaran aplikasi alternatif walaupun ketika melancong ke luar daripada blok tersebut, kata suruhanjaya itu.

EU memperkukuh perundangan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini menerusi dua akta utama, iaitu DMA dan Akta Perkhidmatan Digital berkaitan kandungan, yang telah dikritik oleh pentadbiran AS sebagai tindakan kawal selia yang melampau.

Apple kerap mengkritik peraturan antiamalan monopoli DMA, dengan merungut bahawa mereka tidak mempunyai pilihan selain membuat perubahan berkenaan di bawah ancaman denda yang besar.

Gergasi teknologi itu telah mengemukakan cabaran undang-undang di mahkamah tertinggi EU untuk berhujah bahawa peraturan DMA yang lebih ketat tidak sepatutnya dikuatkuasakan ke atas sistem pengendalian iOS dan App Store milik mereka, namun kes tersebut telah ditolak bulan lalu.

Presiden AS Donald Trump telah membidas undang-undang dan cukai digital EU sebagai “hambatan bukan tarif” terhadap perdagangan, dan ramai ketua syarikat teknologi telah menyelaraskan pendirian mereka dengan pentadbiran beliau. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • CIMB Ingatkan Pengguna iPhone Mengenai Notifikasi Amaran Apple
  • HUAWEI MatePad Air Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM3,499

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY