Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gambar kemalangan AI WiserMY

Tak Perlu Ke Balai Polis, Laporan Kemalangan Kecil Boleh Dibuat Secara ‘Online’ Mulai 1 September

Diterbitkan Ogos 29, 2025 · Dikemas kini Ogos 29, 2025 oleh Amalina Athman

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan laporan polis elektronik bagi kemalangan kenderaan bermotor boleh dibuat secara dalam talian, bermula 1 September 2025.

Menurut JSPT, projek rintis ini akan dilaksanakan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan terpakai kepada pemandu kenderaan persendirian yang terlibat dalam kemalangan tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan kepada mana-mana kenderaan lain dan struktur awam.

Laporan kes kemalangan kecil boleh dibuat secara dalam talian melalui platform e-Reporting PDRM.

ereporting pdrm_2

JSPT menjelaskan ujian rintis ini merupakan alternatif kepada pilihan sedia ada untuk melaporkan kemalangan di balai polis berhampiran, selain menjadi inisiatif digital yang menggabungkan kepakaran kepolisan dan kawal selia kewangan, khususnya dalam aspek tuntutan insurans.

Pelaksanaan ini turut mendapat kerjasama industri insurans dan takaful am melalui Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Malaysian Takaful Association (MTA) serta PLUS sebagai pengendali lebuh raya lokasi projek rintis dijalankan.

Berkaitan

  • Lapor Jenayah Dengan Mudah Guna Aplikasi Rasmi Dari PDRM Ini
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • MARS1000 - Cip AI Pertama Buatan Malaysia
  • Semua Kaunter JPJ Di Seluruh Negara Kini Sokong e-Dompet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY