Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aplikasi VSP

Lapor Jenayah Dengan Mudah Guna Aplikasi Rasmi Dari PDRM Ini

Diterbitkan Mei 31, 2024 · Dikemas kini Mei 31, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin masih ramai yang tidak tahu, wujud satu aplikasi khas dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertujuan bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat atau aduan yang memerlukan bantuan daripada pihak polis.

Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini telah pun dilancarkan sejak Mei 2017 dahulu yang menawarkan ciri seperti talian hotline dan perkhidmatan SMS kepada PDRM dan pengguna boleh menghantar maklumat penting termasuklah gambar, video dan koordinat GPS lokasi kejadian.

aplikasi VSP
aplikasi VSP
aplikasi VSP

Aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) merupakan satu inisiatif Polis Diraja Malaysia dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai rakan kolaborasi polis.

Jadi, menerusi aplikasi ini, ia memudahkan masyarakat untuk membuat aduan keselamatan, menyalurkan maklumat mengenai jenayah atau kegiatan yang menyalahi undang-undang, selain boleh digunakan untuk memaklumkan kepada pihak polis mengenai ketiadaan mereka di rumah sempena cuti perayaan bagi mengelakkan sebarang aktiviti jenayah berlaku dan memastikan harta benda yang ditinggalkan selamat.

aplikasi VSP

Jika anda masih belum memasangnya, bolehlah berbuat demikian dengan memuat turun aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) ini dari stor rasmi Google Play Store, Apple Store dan Huawei App Gallery.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • God of War Ragnarök Kini Di PC, Harga Prapesan RM249
  • MediaTek Perkenal Cip Dimensity 7300, 7300X

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY