Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MARS1000 – Cip AI Pertama Buatan Malaysia

MARS1000 – Cip AI Pertama Buatan Malaysia

Diterbitkan Ogos 28, 2025 · Dikemas kini Ogos 28, 2025 oleh ariff bukhari

Malaysia baru-baru ini telah melancarkan MARS1000, cip pemproses AI pertama negara yang dibangunkan oleh syarikat tempatan SkyeChip.

Ia merupakan pemproses edge AI, teknologi yang membolehkan peranti seperti kereta pintar, robot dan perkakasan IoT memproses data terus pada peranti tanpa bergantung sepenuhnya pada pusat data.

Pelancaran ini diumumkan sempena acara Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA) yang menandakan langkah penting Malaysia dalam menyertai perlumbaan global membangunkan cip AI.

Ini sekaligus, melengkapkan peranan negara yang kini sudah menjadi hab utama pembungkusan semikonduktor dan pusat data AI serantau dengan pelaburan besar daripada Microsoft, Oracle dan lain-lain.

Walaupun keupayaannya tidak setanding cip canggih Nvidia yang digunakan untuk melatih model AI skala besar, MARS1000 tetap penting kerana menunjukkan kemampuan negara dalam reka bentuk cip dan mengukuhkan hasrat kerajaan untuk menerajui industri semikonduktor global.

Namun, usaha ini turut berdepan cabaran geopolitik, termasuk cadangan pentadbiran Trump di AS untuk menyekat eksport cip AI ke Malaysia dan Thailand kerana kebimbangan penyeludupan ke China.

Malaysia menegaskan ia tidak akan bertolak ansur dengan sebarang penyalahgunaan perdagangan cip berteknologi tinggi.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • YTL AI Labs Lancar ILMU - Model AI 100% Malaysia
  • Bahaya Diam-Diam Bila Anak Terlalu Rapat Dengan AI

Sumber: Bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY