Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
selfie camera iPhone 15

Buat Pertama Kalinya, iPhone Kuasai Pasaran Telefon Pintar Di China

Diterbitkan Januari 25, 2024 oleh ariff bukhari

Berdasarkan data dari Perbadanan Data Antarabangsa (IDC), Apple menjadi syarikat telefon pintar terkemuka di China buat kali pertama dengan rekod penguasan pasaran sebanyak 17.3% pada 2023.

Ini sekaligus menunjukkan, peralihan penguasaan jenama telefon pintar bukan sahaja berlaku di seluruh dunia, tetapi juga turut berlaku di China yang merupakan pasaran telefon pintar terbesar di dunia.

“Kenaikan Apple ke tempat teratas pada 2023, terutamanya berikutan persaingan baharu daripada Huawei dan sentimen perbelanjaan, menandakan kejayaan besar bagi Apple,”  Arthur Guo, penganalisis penyelidikan kanan dalam Penyelidikan Sistem Pelanggan untuk IDC China.

“Apple mencapainya hasil usaha promosi harga tepat pada masanya di saluran pihak ketiga, yang merangsang permintaan. Sementara itu, Honor mengekalkan kedudukan nombor 2 hasil daripada peningkatan dalam perkongsian salurannya dan strategi produk yang serba boleh, yang berjaya menguasai kategori pasaran flagship menerusi barisan telefon pintar boleh lipat dengan beberapa model popular.”

Selain itu, IDC turut fokuskan pada Huawei yang dilihat telah berjaya kembali  ke kedudukan 5 teratas selepas lebih daripada dua tahun ketinggalan.

Berikut adalah senarai 5 syarikat telefon pintar teratas di Pasaran Telefon Pintar China, Bahagian Pasaran 2023 dan 2022 dan Pertumbuhan Tahun Ke Tahun:

China Smartphone Market IDC

Berkaitan

  • Dapatkan vivo Y27 5G Pada Harga RM299 Dengan Pelan Yes Power 35 RAHMAH
  • HONOR Magic V2 Bakal Tersedia Di Seluruh Negara Bermula 25 Januari Ini
  • OnePlus 12 Akan Dijual Di Malaysia Mulai 3 Februari Depan

Sumber: IDC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY