Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
infinix xpad 20 pro

Tablet Infinix XPAD 20 Pro Tiba Di Malaysia – Harga Rasmi RM999

Diterbitkan September 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Infinix hari ini melancarkan XPAD 20 Pro, tablet terbaru dalam siri XPAD, untuk pasaran Malaysia. Model ini hadir sebagai peningkatan daripada XPAD 20 yang diperkenalkan pada Julai lalu, dengan paparan lebih besar, prestasi dipertingkat dan ciri kecerdasan buatan (AI) baharu.

XPAD 20 Pro menampilkan skrin 12 inci beresolusi 2K dengan kadar segar semula 90Hz. Paparan ini menerima pensijilan TÜV Rheinland untuk cahaya biru rendah dan bebas kelipan, sekali gus memberikan pengalaman tontonan lebih selesa untuk kelas dalam talian, penstriman atau kerja harian.

Tablet ini hanya setebal 6.58mm dengan berat 545g, hadir dalam pilihan warna Titanium Gray dan Mist Blue. Badan logam dengan rekaan antena tengah memberi sentuhan moden, manakala sistem audio empat pembesar suara DTS 360° menawarkan pengalaman bunyi imersif.

Dikuasakan cip MediaTek Helio G100 Ultimate berteknologi 6nm, XPAD 20 Pro menyokong sehingga 16GB RAM (gabungan RAM fizikal + RAM maya) dan storan 256GB. Ia turut dilengkapi bateri 8000mAh dengan pengecasan pantas 18W, serta sambungan 4G dan Wi-Fi untuk kegunaan di mana-mana.

XPAD 20 Pro turut hadir dengan ciri AI daripada Infinix. Antaranya pembantu suara Folax, AI Homework Solver, Image-to-Doc conversion, AI Writing, dan AI Art. Ciri ini menyasarkan pelajar, profesional dan juga pencipta kandungan.

Melalui fungsi seperti Phone Cast, clipboard merentas peranti, pertukaran aplikasi, dan perkongsian fail segera, pengguna boleh beralih antara telefon pintar dan tablet dengan lebih lancar.

Harga dan Ketersediaan

Infinix XPAD 20 Pro mula dijual di Malaysia pada 16 September 2025 dengan harga RM999 untuk model 8GB RAM + 256GB ROM. Pembelian awal disertakan XPAD 20 Pro Keyboard & X Pencil 20 bernilai RM599, selagi stok masih ada.

Ia boleh didapati secara dalam talian melalui Infinix Official Store di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop, serta di kedai jenama Infinix dan pengedar sah di seluruh negara.

XPAD 20 Pro_Infographic_1-1

Berkaitan

  • Infinix XPAD 20 Kini Rasmi, Harga Bermula RM599
  • Siri Infinix HOT 60 Kini Di Malaysia, Sokong Komunikasi Tanpa Rangkaian Mudah Alih
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY