Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Synaptics Umum Sensor Skrin Paparan Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina

Synaptics Umum Sensor Skrin Paparan Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina

Diterbitkan Disember 12, 2017 ยท Dikemas kini Disember 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berita mengenai skrin dengan pengimbas cap jari terbina sudah acap kali kita dengar dan kali ini, ia sudah menjadi kenyataan.

Synaptics akhirnya mengumumkan pembangunan sensor skrin dengan pengimbas cap jari terbina yang pertama di dunia, dinamakan sebagai “Clear ID FS9500”.

Sensor berkenaan dicipta khas untuk telefon pintar yang mempunyai rekaan skrin bingkai nipis dan melaluinya, imbasan cap jari boleh dibuat pada bahagian tertentu skrin.

Synaptics Umum Sensor Skrin Paparan Dengan Pengimbas Cap Jari Terbina
Klik gambar untuk demonstrasi

Syarikat itu turut menambah bahawa sensor skrin berkenaan sudah pun berada dalam proses pengeluaran besar-besaran dan ia bakal digunakan oleh 5 syarikat gergasi pengeluar telefon pintar.

Desas-desus mengatakan salah satu syarikat yang akan menggunapakai skrin tersebut adalah Samsung dan ia akan melibatkan peranti Galaxy S9 serta Galaxy S9+.

Nampaknya tahun 2018 bakal memperlihatkan beberapa teknologi yang ditunggu-tunggu pengguna telefon pintar. Adakah anda teruja dengan teknologi skrin paparan dengan pengimbas cap jari terbina ini?

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY