Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Swiss Bangunkan Bas Elektrik Dicas Melalui Tayar

Syarikat Swiss Bangunkan Bas Elektrik Dicas Melalui Tayar

Diterbitkan Oktober 7, 2026 · Dikemas kini Oktober 7, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat pemula, Winduction yang merupakan syarikat spin-off ETH dari Switzerland, membangunkan bas awam pertama di dunia yang mengecas secara induktif melalui tayar.

Sistem pengecasan tanpa wayarnya akan memindahkan tenaga elektrik daripada plat jalan terus ke bateri bas melalui tayar pintar yang direka khas.

Inovasi ini sekali gus akan dapat menghapuskan kebiasaan penggunaan kabel dan penyediaan stesen pengecasan berskala besar.

Malah, ujian awal menunjukkan sistem berasaskan induksi ini mencapai kecekapan melebihi 90%, dengan kata lain, kurang daripada 10 peratus kuasa yang disalurkan melalui plat tanah, hilang.

Syarikat Swiss Bangunkan Bas Elektrik Dicas Melalui Tayar
Sebaik sahaja roda induktif sejajar dengan elemen tanah, pengecasan akan bermula berkuasa sehingga 160kW. Walaupun hentian singkat, tapi ia dapat menambah julat dan mengurangkan keperluan untuk bateri yang besar dimuatkan dalam bas.

Kelebihan ini membolehkan bas elektrik menggunakan bateri yang lebih kecil dan ringan, sekali gus mengurangkan kos pembelian serta kos operasi, di samping mengurangkan kadar kehausan komponen peranti.

 

“Kami percaya bahawa bas elektrik boleh dikendalikan dengan lebih murah jika ia dicas secara wayarles dan kerap semasa operasi,” kata lulusan ETH Laurin Schwitter, Ketua Pegawai Eksekutif spin-off ETH.

Dari sudut ekonomi dan kelestarian, syarikat pengendali pengangkutan dapat menikmati penjimatan kos jangka panjang dalam aspek perolehan kenderaan, penyelenggaraan, serta infrastruktur.

Bagi membolehkan pemindahan tenaga berlaku secara berkesan tanpa gangguan medan magnetik, jurutera Winduction telah mereka bentuk tayar khas bebas keluli bagi menggantikan tayar bas konvensional.

 

“Untuk sistem kami berfungsi, kami bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membangunkan tayar bebas keluli yang baharu sepenuhnya,” kata Schwitter, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

Pengecasan yang berlaku sepanjang hari di perhentian bas turut mengurangkan beban puncak (peak load) pada grid elektrik dan memaksimumkan penggunaan tenaga suria yang lebih murah pada waktu siang.

Pelan ujian infrastruktur kini sedang dibina di Winterthur, manakala operasi ujian perintis dijadualkan bermula pada tahun 2028 di Lapangan Terbang Zurich.

Menerusi ujian ini, bas elektrik akan dicas secara tanpa wayar di laluan perkhidmatan sebenar sewaktu berhenti mengambil penumpang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY