Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarikat Pakar Pigmen Dan Bahan Tenaga Baharu Dari China Labur RM1 Bilion Di Gurun, Lebih 300 Peluang Pekerjaan Bakal Ditawar

Syarikat Pakar Pigmen Dan Bahan Tenaga Baharu Dari China Labur RM1 Bilion Di Gurun, Lebih 300 Peluang Pekerjaan Bakal Ditawar

Diterbitkan September 25, 2026 · Dikemas kini September 25, 2026 oleh ariff bukhari

Sebuah syarikat global dari China yang pakar dalam pengeluaran titanium dioksida (TiO2), span titanium, produk zirkonium, dan bahan tenaga baharu, mengumumkan pelaburan besar bernilai RM1 bilion bagi membangunkan fasiliti baharu di Gurun Heavy Industrial Park, Kedah.

Projek oleh LB Group Co., Ltd. dari China ini melibatkan kawasan seluas 60.1 ekar dengan fasa pertama bernilai RM600 juta.

Apabila siap sepenuhnya nanti, fasiliti ini dijangka mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sehingga 300,000 tan, sekali gus memperkukuh rantaian bekalan dan kedudukan Malaysia sebagai hab kimia canggih di Asia Tenggara.

Majlis upacara pecah tanah bagi anak syarikatnya di Malaysia, LB Advanced Material Asia Sdn. Bhd., di Taman Perindustrian Berat Gurun (GHIP), Kedah telah disempurnakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Sikh Shamsul Ibrahim Sikh Abdul Majid menegaskan, pelaburan ini menjadi bukti keyakinan pelabur terhadap ekosistem industri Malaysia.

Ia juga selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Peta Jalan Industri Kimia 2030, yang menekankan pengeluaran bernilai tinggi serta daya tahan sektor kimia negara.

 

“MIDA bersama Kerajaan Negeri Kedah akan terus memudah cara pelaksanaan projek ini, memperkukuh hubungan dengan pembekal tempatan serta memaksimumkan manfaat ekonomi yang lebih luas daripada pelaburan ini.”

Menjelaskan mengapa Gurun dipilih sebagai lokasi, Pengarah LB Advanced Material Asia Sdn. Bhd., En. Liang Sun, menyatakan, kelebihan logistik, akses terus ke lebuh raya Utara-Selatan dan rangkaian rel menghubungkan secara terus ke Pelabuhan Pulau Pinang menjadi antara faktor utama.

Selain memberi impak ekonomi, projek ini bakal mewujudkan lebih 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh ekosistem industri di Kedah.

LB Group, merupakan peneraju global dalam produk titanium dioksida (TiO2) serta bahan tenaga baharu.

Pigmen TiO₂ ialah pigmen bukan organik yang berwarna putih, digunakan untuk memberikan sifat keputihan dan kecerahan dalam pelbagai aplikasi, termasuklah cat, dakwat, plastik dan kertas.

Menerusi jenama utamanya BILLIONS™, mereka membekalkan produk kepada lebih 1,500 pelanggan di seluruh dunia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pengecas Pantas Geely Atasi BYD, Cas EV Dari 10% Ke 97% Hanya 8 Minit
  • Malaysia Kini Miliki 5 Stesen Mengesan Awal Radiasi Di Perairan Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY