Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
1 (3)

Pengecas Pantas Geely Atasi BYD, Cas EV Dari 10% Ke 97% Hanya 8 Minit

Diterbitkan September 25, 2026 · Dikemas kini September 25, 2026 oleh ariff bukhari

Geely Auto Group baru memperkenalkan teknologi pengecasan bateri EV terpantas di dunia yang dikenali sebagai Geely Smart Charging.

Sistem pengecas EV daripada Geely ini yang turut dipacu kecerdasan buatan (AI) membolehkan kenderaan elektrik seperti Lynk & Co 10 dan Zeekr 001 dicas dari 10% ke 70% hanya dalam 4 minit 30 saat, manakala 10% ke 97% dalam 8 minit 40 saat, menjadikannya rekod yang terpantas dalam ujian sebenar pernah dicapai setakat ini.

Pencapaian ini sekali gus mengatasi teknologi pengecas EV yang diperkenalkan BYD sebelum ini yang hanya mampu mengecas bateri EV dari 10% ke 70% dalam masa 5 minit sahaja.

3 (1)

Kehebatan sistem ini terletak pada Xingrui PowerMind AI, yang mengawal suhu bateri, stesen pengecasan, grid tenaga dan storan secara pintar.

AI ini mampu meramal suhu bateri 30 saat lebih awal, memastikan purata kekal di bawah 55°C dan puncak tidak melebihi 65°C.

Selain itu, teknologi Lithium-ion Pulse Restoration membantu memulihkan kerosakan akibat pengecasan pantas, sekali gus memanjangkan jangka hayat bateri sehingga 20%.

2 (1)
Teknologi ini muncul bersama Stesen Pengecasan Pintar Geely Generasi Kelima, yang memberikan kuasa pengecasan puncak sehingga 2,250 kW, serta Ultra Short Blade Battery.

Geely turut memperkenalkan bateri generasi baharu, Ultra Short Blade Battery dengan kadar pengecasan 6C, serta Shendun Golden Battery dengan kadar 12C untuk prestasi ultra-pantas.

Infrastruktur pengecasan generasi kelima pula menawarkan kuasa puncak sehingga 2,250 kW, menjadikan pengalaman mengecas lebih efisien dan mesra alam.

Pengecas Pantas Geely Atasi BYD, Cas EV Dari 10% Ke 97% Hanya 8 Minit

Inovasi pengecasan pantas Geely ini sekali gus menunjukkan persaingan sengit dengan pesaingnya seperti BYD dengan melabur besar dalam teknologi pengecasan termaju.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • BYD Flash Charging Akan Masuk Malaysia - Cas 10-70% Hanya 5 Minit
  • UTM Jadi Pangkalan Operasi Syarikat Perkakasan Komputer Kuantum Pertama Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
©2026 WISER.MY