Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fig1 (1)

Syarikat Jepun Lancar Jarum Insulin Tanpa Rasa Sakit

Diterbitkan Ogos 26, 2026 · Dikemas kini Ogos 28, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat Jepun yang pakar dalam penggelek dan pemprosesan ketepatan keluli tahan karat, Nippon Kinzoku kini memulakan pengeluaran besar-besaran jarum insulin halus keluli tahan karat ultra-nipis.

Teknologi baharu jarum ini menggunakan kimpalan laser  membolehkan penghasilan jarum sehalus 30G hingga 32G yang hampir tidak terasa ketika digunakan.

Sekali gus memberikan pengalaman rawatan diabetes yang lebih selesa dan mesra pesakit serta persediaan bekalan baharu jarum perubatan dalam menghadapi krisis global diabetes yang dijangka mencecah 853 juta pesakit menjelang 2050.

Jarum ini bukan sahaja digunakan untuk suntikan insulin, tetapi juga untuk rawatan pengurusan berat badan, transfusi darah, dan pelbagai prosedur perubatan lain.

Syarikat Jepun Lancar Jarum Insulin Tanpa Rasa Sakit
Produk baharu ini menggunakan bahan NK-304NKM yang terkenal dengan keboleh-kimpalan dan keboleh-bentukan tinggi, menjadikannya sesuai untuk teknologi kimpalan laser moden.

Berbanding kaedah TIG atau plasma, kimpalan laser membolehkan pengeluaran lebih pantas, penggunaan bahan lebih nipis (sehingga 0.08mm), serta kualiti tepi yang lebih baik untuk mengurangkan kecacatan kimpalan.

Keluli ini juga mengekalkan konsistensi sepanjang gulungan panjang sehingga 4,000 meter, dengan toleransi dimensi yang tepat.

Syarikat Jepun Lancar Jarum Insulin Tanpa Rasa Sakit

Nippon Kinzoku menyatakan, dengan pegangan pasaran 57% di Jepun dan lebih 55% di Asia serta Eropah, mereka berhasrat untuk menyumbang kepada kemajuan teknologi perubatan dan penyelesaian cabaran sosial global.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Rangkaian 6G Berpotensi Kesan Objek Dan Manusia Disebalik Dinding - Kajian
  • 20 Juta Pelanggan CelcomDigi Kini Dilindungi Firewall Suara Kesan Panggilan ‘Scam’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY