Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 6G Berpotensi Kesan Objek Dan Manusia Disebalik Dinding – Kajian

Rangkaian 6G Berpotensi Kesan Objek Dan Manusia Disebalik Dinding – Kajian

Diterbitkan Ogos 26, 2026 oleh ariff bukhari

Teknologi rangkaian 6G tidak lagi sekadar memindahkan data pada kelajuan tinggi, malah bakal berfungsi sebagai sistem pengesanan persekitaran fizikal.

Menerusi teknologi Integrated Sensing and Communication (ISAC) yang masih dalam peringkat kajian oleh Samsung Research, ia menyasarkan keupayaan rangkaian untuk mengesan objek, memantau pergerakan, dan menganalisis perubahan persekitaran secara langsung.

Dengan menganalisis pantulan isyarat komunikasi, rangkaian 6G berpotensi mengesan objek, menjejaki pergerakan atau memahami perubahan dalam persekitaran.

Rangkaian 6G Berpotensi Kesan Objek Dan Manusia Disebalik Dinding – Kajian
Melalui 6G ISAC, rangkaian mudah alih bukan sahaja menghantar data, malah berfungsi sebagai sistem deria yang mampu “melihat” persekitaran.

Kelebihan utama teknologi ISAC terletak pada keupayaannya memanipulasi isyarat komunikasi sedia ada tanpa memerlukan infrastruktur perkakasan baharu.

Dengan memanfaatkan liputan dan infrastruktur pemancar mudah alih yang wujud, kos pendaftaran dan pengoperasian dapat dikurangkan secara drastik.

Inovasi ini membuka peluang perkhidmatan baharu yang luas.

Antara aplikasi utama termasuklah pemantauan kesesakan trafik, pengawasan keselamatan di tapak industri, pengesanan kehadiran di dalam bangunan, serta sokongan pergerakan kenderaan autonomi melalui unit tepi jalan.

Bayangkan sebuah rumah tanpa kamera atau sensor tambahan, ia boleh mengenal pasti pergerakan ahli keluarga, mengesan kehadiran orang asing, malah memberi amaran jika terdapat tanda yang mencurigakan.

Fungsi ini membuka peluang besar dalam bidang keselamatan, penjagaan kesihatan, dan pemantauan secara masa nyata.

Selain itu, kenderaan masa depan juga boleh dilengkapi dengan ISAC untuk mengesan pejalan kaki atau kenderaan lain, sekali gus meningkatkan keselamatan jalan raya.

Walaupun cabaran seperti isu gangguan isyarat, kos, dan perlindungan privasi pengguna perlu ditangani, 6G ISAC tetap menjadi penanda aras penting.

Teknologi ini tidak mengubah setiap pemancar menjadi radar sepenuhnya, sebaliknya memperluaskan fungsi rangkaian mudah alih supaya lebih peka persekitaran, praktikal, dan memberi nilai tambah kepada pengguna serta penyedia perkhidmatan.

Kesimpulannya, 6G ISAC menjanjikan dunia di mana rangkaian mudah alih menjadi lebih “pintar” dan peka terhadap persekitaran.

ISAC merupakan salah satu teknologi yang boleh mengembangkan peranan rangkaian 6G melangkaui sekadar sambungan.

Namun, pada masa yang sama, keupayaan ini menimbulkan persoalan besar tentang privasi di mana ata yang dikumpul perlu dikawal dengan ketat agar tidak disalah guna.

Berkaitan

  • Qualcomm Dedah Hala Tuju 6G, Ujian Peranti Bermula 2028
  • Huawei Perkenal Teknologi Mobile Transport 5G-A Baharu Untuk Persediaan 6G
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY