Syarikat pengeluar minyak pelincir dari Jepun, Idemitsu Kosan telah memperkenalkan apa yang didakwanya sebagai minyak enjin lumba pertama di dunia yang dibuat dengan lebih daripada 80% bahan mentah berasaskan tumbuhan dalam minyak asasnya.
Minyak pelincir perlumbaan ini yang dikenali sebagai “IDEMITSU IFG Plantech Racing” merangkumi mesej jenama mereka, “The Heart of Technology” dan merupakan produk yang memaksimumkan teknologi yang mereka ada untuk meningkatkan prestasi enjin dan mengurangkan kesan alam sekitar secara mendadak.
“Teknologi campuran unik kami yang dibuat khusus menggabungkan molibdenum, yang mengurangkan kuasa kehilangan yang disebabkan oleh rintangan geseran, dengan ester berasaskan tumbuhan berkelikatan tinggi yang menebal lapisan minyak dan meningkatkan prestasi perlindungan, dalam minyak asas terbitan tumbuhan yang mencabar untuk digabungkan. Melalui “Teknologi Molibdenum Ester” milik kami, kami telah mencapai prestasi yang sesuai untuk digunakan dalam keadaan perlumbaan.”
Berdasarkan hasil tinjauan yang dijalankan oleh Trending Future Research Institute Inc. berkaitan pasaran “minyak enjin” yang dijalankan dari Disember 2023 hingga Februari 2024 mendapati bahawa ini adalah minyak enjin pertama di dunia untuk kenderaan beroda empat yang menggabungkan pensijilan API, minyak berasaskan tumbuhan dan prestasi perlumbaan.
Produk ini telah diterima pakai dalam “konsep MAZDA SPIRIT RACING ROADSTER CNF,” yang mengambil bahagian dalam Perlumbaan Ketahanan Super Taikyu SUZUKA yang telah diadakan di penghujung September tahun ini.
Menurut syarikat itu, hasil ujian dalaman mereka mendedahkan kelebihan ketara minyak lumba berasaskan tumbuhan berbanding minyak enjin utama yang lain.
Idemitsu memaklumkan, minyak pelincir “IDEMITSU IFG Plantech Racing” (gred kelikatan: 0W-20, 4Litter/1Litter) akan dijual untuk pelanggan di Thailand, Australia, Singapura dan Malaysia melalui stor dalam talian minyak pelincir rasminya, https://global.idemitsu-nano- tailored-oil.com) mulai 3 Disember 2024 pada harga ¥40,000 (~RM1,158) untuk 4 liter dan ¥10,000 (~RM289) untuk 1 liter.
{suggest}
Sumber: Idemitsu