Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Video) Motosikal Honda Pokemon Beraksi Di Litar Lumba Suzuka

(Video) Motosikal Honda Pokemon Beraksi Di Litar Lumba Suzuka

Diterbitkan Ogos 4, 2025 · Dikemas kini Ogos 4, 2025 oleh ariff bukhari

Honda telah mencipta motosikal sebenar yang diinspirasikan daripada Koraidon, Pokémon legenda dari permainan Pokémon Scarlet.

Selepas ia dipamerkan kepada umum rekaannya di Plaza Selamat Datang Honda Aoyama dari 7 hingga 9 Mac lalu, motosikal itu akhirnya diperlihatkan cara motosikal itu bergerak buat kali pertama semasa acara Suzuka 8 Hours di Jepun.

(Video) Motosikal Honda Pokemon Beraksi Di Litar Lumba Suzuka

Motosikal Honda Koraidon dibangunkan menggunakan teknologi keseimbangan kendiri canggih (self-balancing) yang diinspirasikan daripada robot ASIMO dan teknologi Honda Riding Assist.

Reka bentuk dan fungsi motosikal ini cuba meniru sepenuhnya rupa dan pergerakan Koraidon dalam permainan, termasuk keupayaan bergerak atas empat kaki serta berdiri tegak atas dua roda.

Projek ini telah melibatkan seramai 40 jurutera Honda yang direkrut dari Perniagaan Motosikal dan Produk Tenaga serta Kecemerlangan Penyelidikan Inovatif.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Teknik Baru Penggodam Bolehkan Telefon Android Digodam Sekelip Mata
  • Skechers Lancar Kasut Kanak-Kanak Tersedia Ruang Untuk Apple AirTag

Sumber: NintendoSoup

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY