Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Surface Headphones Diperkenalkan, Hadir Dengan Fungsi Cortana Terbina

Surface Headphones Diperkenalkan, Hadir Dengan Fungsi Cortana Terbina

Diterbitkan Oktober 3, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 3, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pada acara Surface yang berlangsung hari ini, Microsoft telah memperkenalkan Surface Pro 6, Surface Laptop 2, dan Surface Studio 2.

maxresdefault (2)

Turut membuat penampilan adalah, Surface Headphones, fon kepala pertama dari Microsoft. Bukan setakat itu, ia merupakan fon kepala pertama yang dilengkapi dengan pembantu maya, Cortana.

Dengan sokongan Cortana, arahan boleh diberikan secara lisan dan muzik akan terhenti sekiranya fon kepala ditanggalkan dari telinga.

Surface Headphones Diperkenalkan, Hadir Dengan Fungsi Cortana Terbina

Bahagian kanan boleh dipusing untuk melaras kelantangan bunyi. Sebelah kiri pula untuk melaras bunyi bising latarbelakang.

Surface Headphones, dicas melalui port USB-C dan untuk pengecasan penuh ia mengambil masa sekitar 2 jam. Difahamkan pengecasan selama 5 minit boleh memberi penggunaan hampir 1 jam.

Turut disertakan sekali adalah bicu audio untuk pengguna yang mahu bertukar kepada sokongan wayar.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=60&v=xFe_ZYtfsZg

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY