Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Suno v5.5 Dilancarkan, Kini Boleh Guna Suara Sendiri Untuk Cipta Lagu AI

Posted on Mac 27, 2026

Suno baru sahaja melancarkan model terbaharu mereka, Suno v5.5, yang membawakan beberapa ciri utama untuk menjadikan hasil muzik AI terasa lebih peribadi kepada penggunanya.

Berbeza dengan kemas kini sebelum ini, fokus kali ini bukan sekadar pada kualiti audio, tetapi kebolehan untuk pengguna menyertakan identiti muzik dan suara mereka sendiri ke dalam setiap ciptaan.

Ciri yang paling mendapat perhatian ialah Voices, di mana pengguna kini boleh merakam atau memuat naik suara sendiri untuk dijadikan sebagai “instrumen” dalam lagu.

Bagi menjamin faktor keselamatan dan privasi, Suno menyertakan proses pengesahan melalui rakaman frasa rawak supaya hanya pemilik suara asal sahaja yang boleh menggunakan identiti tersebut.

Buat masa ini, ciri ini tersedia secara privasi untuk pelanggan Pro dan Premier sahaja.

Selain penggunaan suara, Suno v5.5 turut memperkenalkan kebolehan untuk membina Custom Models. Pengguna boleh melatih AI ini mengikut katalog muzik asal mereka supaya hasil lagu yang dijana nanti mempunyai gaya dan identiti seni yang lebih konsisten dengan karya mereka sebelum ini.

Terdapat juga ciri My Taste yang akan mempelajari cita rasa, genre, dan mood kegemaran anda secara automatik bagi memudahkan proses penghasilan lagu pada masa hadapan.

Pihak Suno menyatakan bahawa v5.5 dibina khusus untuk membantu semua golongan, daripada pencipta kandungan amatur sehinggalah kepada produser muzik profesional.

Kemas kini ini juga dilihat sebagai persediaan awal sebelum mereka melancarkan model generasi seterusnya hasil kerjasama dengan industri muzik pada penghujung tahun nanti.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress